Ronald Koeman Bengang Ryan Gravenberch Tolak Panggilan B-21 Belanda

Pengurus pasukan senior Belanda, Ronald Koeman marah dengan keputusan Ryan Granvenberch yang mengabaikan panggilan skuad kebangsaan B-21 pada minggu ini.

Pemain itu yang baru sahaja menyertai Liverpool terus membuat kontroversi apabila dia menolak panggilan skuad B-21.

Legenda Belanda, Van Basten antara orang pertama mengecam tindakan itu. Dia berkata: “Gravenberch menolak untuk bermain dengan pasukan B-21 Belanda? Ianya tak boleh diterima.”

“Saya boleh faham alasan dia berikan, namun kamu tak boleh berbuat macam ni. Ianya tidakan yang tidak sepatutnya kepada bola sepak Belanda dan juga skuad kebangsaan Belanda.”

Pengurus skuad Belanda, Ronald Koeman juga membidas Gravenberch dengan mempersoalkan patriotisme pemain itu.

Koeman dalam sidang medianya berkata: “Kami tidak gembira. Ryan Granveberch memutuskan untuk tidak bermain untuk negaranya.”

“Nigel De Jong [Pengarah Teknikal KNVB] sudah berhubung dengan dia.”

Keengganan Gravenberch menerima panggilan skuad B-21 itu kini membuatkan kariernya bersama skuad senior dalam bahaya. Dia mungkin tidak akan dipanggil untuk mewakili skuad senior selepas ini.

Ryan Gravenberch menyatakan bahawa dia mahu menyelesaikan urusannya di Liverpool terlebih dahulu memandangkan dia baru sahaja berpindah ke bandar itu.

Ronald Koeman mengingatkan pemain itu bahawa mereka harus mengutamakan panggilan skuad kebangsaan walaupun ianya daripada peringkat belia.

Namun Koeman dianggap hipokrit kerana sebelum ini dia pernah memasukkan klausa pelepasan ‘menyertai Barcelona’ ketika menjadi pengurus Belanda.

Klausa itu menyebut, jika ada tawaran dari Barcelona, pengurus itu berhak untuk keluar daripada pasukan kebangsaan dan menerima tawaran itu.

Di mana dia benar benar menerima tawaran dari Barcelona dan meninggalkan jawatannya bersama skuad kebangsaan Belanda.

Dan dia hanya kembali semula ke pasukan kebangsaan selepas Louis Van Gaal meninggalkan jawatannya selepas Piala Dunia 2022 yang lalu.