Ronaldinho Gaucho: Legenda No.10 Artistik Dan Genius

Siapa yang tak kenal dengan Ronaldinho Gaucho. Pemain yang digemari ramai termasuk penyokong lawan.

Pemain yang pernah memberikan kita nilai hiburan tak ternilai ketika menonton bola sepak satu ketika dahulu.

Latar Belakang

Ronaldinho dilahirkan dalam sebuah keluarga yang memang kaki bola sepak. Mereka tinggal di sebuah rumah kayu di tengah-tengah Favela.

Nama sebenar beliau adalah Ronaldo de Assist. Namun menggunakan nama timangan Ronaldinho berasaskan watak komikal.

Ini untuk memastikan cuma ada 1 Ronaldo di Brazil pada ketika itu. Bapanya, Joao da Silva Moreira pernah bermain untuk kelab amatur.

Selepas meninggalkan kelab amatur beliau hujung bekerja sebagai parking attendant di Gremio Football Club.

Ronaldinho ada abang bernama Roberto pernah dikatakan menjadi antara harapan besar untuk kelab tersebut. Tetapi kerjayanya berakhir awal, dengan kecederaan lutut yang dahsyat.

Pembangunan Awal

Pada usia 8 tahun, Ronaldinho kehilangan bapanya yang lemas di dalam swiming pool di vila yang disediakan oleh Gremio untuk abangnya Roberto.

Ronaldinho kemudian Mengikut jejak langkah abangnya dengan menyertai sekolah bola sepak / akademi Gremio dan memukau semua orang di sana.

Beliau banyak menghabiskan masa dengan futsal dan street football apabila di luar akademi.

Beliau kemudian diserap ke dalam pasukan utama pada tahun 1997 dan dijangkakan pemerhati bolasepak sebagai salah seorang prospek terbaik dalam bola sepak Brazil.

Mengembangkan Karier

Tidak lama selepas itu beliau dipanggil menyertai pasukan Piala Dunia Brazil U-17 dan memenanginya dalam temasya di Egypt.

Di Gremio beliau terus menjadi pemain utama kelab dan sentiasa membuatkan penonton berkata ‘wow’.

Beliau kemudian diberi peluang untuk membuat debut dalam Copa Libertadores. Beliau menjadi pemai penting Gremio sehinggalah beliau menyertai Paris Saint-Germain pada tahun 2001 dengan perpindahan €5 juta.

Pada 2001, Arsenal pernah cuba membawa Ronaldinho ke Emirates namun gagal melakukannya kerana isu permit kerja.

Jadi beliau pun ke PSG. Pada mulanya, beliau menghadapi kesukaran bermain di pentas lebih besar di Eropah pada usia yang muda.

Tetapi dalam beberapa perlawanan, beliau mulai menjaringkan gol demi gol ke atas pasukan yg kuat ketika itu seperti Monaco, Lorient dan Rennes.

Pada musim 2002-03, Ronaldinho agak merosot berbanding musim sebelumnya dan gagal menjadi antara kelompok top players dalam Liga Perancis.

Beliau cuma menjaringkan 12 gol dalam 38 perlawanan. Ini membawa kepada penjualan beliau ke Barcelona FC pada 2003-04 bagi anggaran sebesar €30 juta.

PSG menganggap beliau adalah kerugian. Yelah, €5 juta kan besar pada masa tu untuk pemain muda. Kini Jumlah itu boleh dianggap kecil.

PSG tidak cukup sabar untuk mendapatkan hasil yang lebih baik daripada Ronaldinho dan menganggap mereka mendapat bidaan yang lebih tinggi daripada nilai sebenar Ronaldinho yang dijangka tidak akan menjadi seperti Ronaldo.

Jual sekarang !

Barcelona

Penjejak bakat/scouting team Barcelona FC melihat dan menjangkakan potensi yang besar bahawa penyerang ini akan berjaya .

Pada musim pertama itu sahaja beliau membantu pasukannya menduduki tempat kedua dalam liga dengan menjaringkan 22 gol dan asssist sebanyak 14.

Barcelona menewaskan Manchester United untuk mendapatkan Ronaldinho. Barcelona cuba sedaya upaya mendapatkan Ronaldinho selepas Real Madrid menewaskan mereka untuk tandatangan Beckham.

Pada musim 2004-05, beliau membantu pasukannya memenangi kejuaraan liga. Untuk ini beliau dinamakan sebagai ‘FIFA Player of the Year’ untuk kali pertama.

Pada tahun 2005 beliau sekali lagi membawa pasukannya untuk memenangi gelaran La Liga Liga dan sekali lagi memenangi ‘FIFA Player of the Year’ untuk kali ke-2 dan disulami anugerah ‘Pemain Terbaik Eropah tahunan.

Pada tahun 2006, beliau merupakan sebahagian daripada pasukan Barcelona yang memenangi UEFA Champions League menewaskan Arsenal 2-1. Musim yang sama beliau telah dianugerahkan ‘Champions League Player of the Year’. Beliau turut menjaringkan 26 gol dalam semua pertandingan.

Sepanjang di Barca beliau memenangi:
2 La Liga
1 UCL
2 SUPERCOPA

Bersama Brazil

Ronaldinho juga telah menjadi watak penting dalam pasukan kebangsaan Brazil untuk mengekalkan Brazil sebagai kuasa besar di dunia.

Beliau membuat debut untuk Brazil pada tahun 1999 dan telah menjaringkan 33 gol dalam 97 perlawanan.

Dalam Copa America 1999, Ronaldinho menjaringkan 6 gol. Gol ke atas Venezuela pada ketika itu. Ia dianggap antara gol yang terbaik dalam sejarah Brazil.

Ronaldinho membantu Brazil menang Copa America 1999.

Beliau turut dimasukkan sebagai senior player untuk skuad Olimpik Brazil di Beijing 2008 dan memenangi gangsa. Beliau bermain untuk pasukannya hingga 2013.

Beliau merupakan pemain penting Brazil pada Piala Dunia 2002 bersama-sama dengan Ronaldo dan Rivaldo untuk membantu Brazil memenangi gelaran Piala Dunia ke 5 dan sekaligus menjadi negara terbanyak menjulang kejohanan tersebut.

Kejohanan yang sama beliau menewaskan David Seaman dari half shot freekick dari tengah padang. Ronaldinho ditewaskan Ronaldo untuk pemain terbaik keseluruhan namun apa yang beliau lakukan adalah sensational.

Ikon Dihormati

Beliau telah menjadi kegemaran media sepanjang kerjayanya. Beliau sentiasa tersenyum dan rendah diri.

Di padang beliau memiliki skil yang luar biasa dan penuh imaginatif. Di luar padang, populariti beliau meningkat dan menjadi imej yang membintangi iklan pelbagai jenama di seluruh dunia.

Beliau juga dilantik menjadi duta oleh berberapa organisasi. Kekayaan beliau dianggarkan melebihi $125 juta hasil daripada pengiklanan dan kerjaya bola sepak beliau yang cemerlang.

Beliau dianggap salah seorang penyerang terbaik dalam sejarah bola sepak dunia pada abad ke-21 oleh FIFPRO.

Fasa Akhir

Karier beliau kian merudum dan Barcelona mula menjadikan wonder kid Leo Messi sebagai pemain yang akan meneruskan legasi beliau.

Pemergian Frank Rijkaard digantikan Pep Guardiola yang tidak menjanjikan first team football untuk beliau dan membawa kepada penjualan beliau ke AC Milan dengan jumlah £22 juta.

Namun beliau sudah out of his best ditambah dengan isu kecederaan dan memutuskan akan meninggalkan AC Milan untuk kembali ke tanah air beliau.

Pada pertemuan Barcelona – AC Milan dalam perlwanan John Gamper, penyokong Barca di Nou Camp terharu melihat figura ini kembali ke stadium keramat mereka.

Carles Puyol menarik tangan Ronaldinho dan mengajak beliau berada dengan team photo Barcelona yang menjadi antara foto paling signifikan dalam sejarah sukan dunia.

Beliau turut diberikan anugerah khas oleh Barcelona pada ketika itu. Milan mengeluarkan beliau untuk standing ovation.

Beliau kemudian menyertai Flamengo dan Atletico De Mineiro.

Selamanya Legenda Penting Barcelona

Beliaulah nama yang telah menjadikan Barcelona menjadi luar biasa dan memenangi banyak gelaran yang ada sepanjang beliau di sana.

Di peringkat global kita pastinya mengingati gerakan luar biasa beliau. Trik flip flap, no look pass dan segala macam trick yang ada.

Beliau sangat dedikasi bila di dalam padang dan bukan kaki insiden. Skil beliau sangat semulajadi. Dia memiliki balance untuk melakukan gol dan assist.

Boleh melakukan gol daripada pelbagai jarak dengan kedua dua kaki serta vision play luar biasa dab tak tercapai akal.

Anugerah terbesar pastilah 2 kali FIFA Player Of The year dan 1 Ballon D’ or . Terlalu banyak penghargaan individu lain.

Pemain ini adalah definisi sebenar artistik dalam bolasepak.

Menghiburkan kita dengan aksi seorang artis di padang. Membuatkan jutaan manusia di dunia cuba membayangkan diri mereka sebagai R10 bila bermain dengan rakan rakan tak kira bola padang atau futsal.

Pemain yang sentiasa rendah diri dan dihormati kawan dan lawan. Beliau cuma ada 1 sahaja Ronaldinho.

Baca yang lain