Ronaldinho Jelaskan Kenapa Beliau Tak Boleh Pilih Messi Terbaik Sepanjang Zaman

Lionel Messi seringkali diangkat oleh ramai pihak sebagai pemain terbaik sepanjang zaman berdasarkan pencapaian individu beliau yang luar biasa.

Messi merupakan pemenang enam Ballon d’Or, terbanyak setakat ini di dalam sejarah.

Namun begitu, bekas rakan sepasukannya, Ronaldinho mengatakan bahawa beliau tidak dapat menamakan bekas rakan sepasukannya di Barcelona, ​​Lionel Messi sebagai pemain terbaik sepanjang zaman.

Ronaldinho mengakui Lionel Messi pada ketika ini adalah yang terbaik di dunia. Tetapi beliau tidak gemar membandingkan pemain dari generasi  dengan generasi yang lain.

Menurut AS (Robin Bairner dari Goal), Ronaldinho berkata: “Saya tidak boleh mengatakan bahawa Messi adalah yang terbaik sepanjang zaman di arena bola sepak.”

“Namun beliau adalah yang terbaik pada generasinya. Saya tidak suka dengan perbandingan melibatkan generasi yang berbeza  – kerana sukar untuk mengenal pasti siapa yang terbaik dalam sejarah.”

“Kita ada Diego Maradona, Pele, Ronaldo [yang merupakan antara nama yang berhak dipertimbangkan sebagai terbaik sepanjang zaman]. ”

Ronaldinho menghabiskan lima musim di Barcelona antara 2003 dan 2008. Dia menyaksikan sendiri Lionel Messi meningkat naik dari akademi kelab sehingga menjadi pemain utama dalam pasukan senior setelah pemain Argentina itu membuat debut seniornya pada 2004.”

Tidak mungkin ada syarat yang mutlak tentang siapa pemain terbaik dalam sejarah, tetapi Messi sudah mempunyai pencapaian yang luar biasa di dalam kariernya.

Dalam 702 penampilan untuk Barcelona, ​​Messi telah menjaringkan 617 gol dan menyumbang 250 assist, sementara itu, untuk Argentina dia memiliki 70 gol dan 45 assist dalam 138 penampilan.

Jumlah trofi yang dikumpulkannya dengan Barcelona selama bertahun-tahun hampir tidak ada tandingannya.

https://twitter.com/BarcaPics1/status/1259582336498270208

Penyerang false itu telah memenangi 34 trofi dengan kelab Catalan, termasuk 10 gelaran La Liga, empat Liga Juara-Juara UEFA dan enam Copas del Rey.

Dengan Argentina, satu-satunya kejayaannya adalah pingat emas di Sukan Olimpik 2008. Namun untuk kejuaraan major, beliau masih mencari yang pertama.

Messi telah membantu La Albiceleste mara ke final Piala Dunia FIFA 2014 dan tiga final Copa America, tetapi mereka tidak berjaya menjuarai kesemuanya.

Di dalam kariernya beliau seringkali dibandingkan dengan seteru utamanya Cristiano Ronaldo. Kedua dua pemain memiliki 11 Ballon d’Or di antara mereka.

Ronaldo kini bermain untuk Juventus di Itali. Lionel Messi pernah menyatakan perseteruan beliau dengan Ronaldo adalah penting dalam memastikan beliau terus berusaha untuk berada di kemuncak.

Baca yang lain