Ronaldinho: “Messi Bukan GOAT”

Ronaldinho tidak mahu mengiktiraf Lionel Messi sebagai GOAT dalam bola sepak. Kerana menurutnya ada 3 pemain yang lebih layak daripadanya.

Messi digelar GOAT oleh ramai pihak kerana kariernya yang cemerlang di kelab dan pasukan kebangsaan.

Dia memenangi 10 La Liga dan 4 UCL bersama dengan Barcelona. Dia turut memenangi Copa America dan Piala Dunia bersama Argentina yang dianggap pelengkap kepada karier bola sepaknya.

Dengan ada 8 Ballon d’Or di tangannya sudah tentunya ramai menganggap Messi adalah GOAT bola sepak.

Bercakap kepada Marca, Ronaldinho berkata: “Saya gembira Messi memenangi Ballon d’Or. Kami juga kawan baik ketika di Barcelona.

“Namun saya tak suka untuk membanding bandingkan dia. Saya sukar nak cakap dia terbaik sepanjang zaman.

“Sebab ada 3 pemain yang layak untuk dibincangkan. Ada Maradona, Pele, Ronaldo [R9], sangat sukar untuk menyatakan bahawa Messi adalah pemain terbaik sepanjang zaman dalam bola sepak.

“Saya cuma boleh katakan dia adalah yang terbaik di kalangan pemain eranya,” tegas Ronaldinho.

Messi pernah menganggap Ronaldinho sebagai pemain yang sangat penting dalam membantu Barcelona bangkit.

Messi berkata: “Ronaldinho orang yang bertanggungjawab untuk mengubah Barcelona. Ianya masa yang sukar di Barca dan dia tiba dan perubahan selepas itu benar benar luar biasa.

“Pada tahun pertama dia tak memenangi apa apa. Namun orang ramai jatuh cinta dengannya. Kemudian trofi mulai datang ke Barca dan memuatkan semua orang gembira.

“Barca harus sentiasa berterima kasih kepadanya di atas segala yang dia lakukan untuk kekab.”

Baca yang lain

Sancho Tak Mahu Pulang Ke United

Koresponden Patrick Berger mendedahkan bahawa Jadon Sancho sudah tak ada hati untuk bermain untuk Manchester United lagi. Pemain itu tidak mahu kembali

Ralf Ragnick Rasmi Tolak Bayern Munich

Ralf Rangnick secara rasminya menolak tawaran untuk menjadi pengurus Bayern Munich. Nama Poknik sebelum ini mulai dikaitkan dengan Bayern setelah kelab itu