Ronaldinho Sangat Humble Dan Mengajar Banduan Lain Asas Dan Skil Futsal

Pemain bola sepak profesional adalah mereka yang memiliki skil dan teknik yang sangat baik. Begitu juga pemain futsal profesional.

Tak semua pemain bola sepak profesional boleh menjadi pemain futsal profesional – begitu juga, tak semua pemain futsal profesional boleh menjadi pemain bola sepak profesional.

Namun Ronaldinho berbeza. Beliau adalah profesional di kedua dua bidang itu. Selepas tamat bermain bola sepak beliau bermain futsal profesional.

Kini beliau di penjara di Paraguay. Dan tempoh hari sudah diberikan kebenaran untuk bermain pertandingan futsal di penjara dengan pelepasan khas untuk menjaringkan gol.

Sebelum ini tak dibenarkan. Tetapi ia kemudian dibenarkan.

Hasilnya, Dinho menjaringkan 5 gol dan mecetak 6 assist untuk membantu pasukannya menjadi juara.

Buat masa ini, Ronaldinho masih lagi di penjara tersebut. Seperti yang semua kita maklum beliau ditahan kerana masuk ke Paraguay menggunakan pasport palsu bersama abangnya.

Ketika di penjara, beliau sangat disenangi semua orang. Sentiasa tersenyum walaupun masalah dan badai yang sedang melanda hidupnya.

Ronaldinho mengakui beliau sebenarnya bersedih. Namun beliau sangat senang bergaul dengan sesiapa sahaja di penajara tersebut. Itulah insan bernama Ronaldinho.

Pada masa yang sama, banduan dan polis di sana pun sangat menyenanginya.

Terbaru, Ronaldinho dilihat meluangkan masa untuk mengajar banduan-banduan lain asas bola sepak dan futsal di penjara.

Ronaldinho dikawal ketat dengan perlindungan tambahan ketika beliau beriadah bersama banduan lain.

Ini kerana, beliau adalah tahanan khas dan ditempatkan di cell khas. Cuma Ronaldinho yang mahu bercampur gaul dengan banduan lain di dalam penjara itu.

Ronaldinho bermurah hati untuk menurunkan sikit ilmu bola sepak dan futsal beliau.

Ronaldinho peramah dan rendah diri

Dalam satu kenyataan kepada ESPN, jurucakap penjara berkata: “Beliau ibarat tak boleh bermain sebarang alatan muzik di dalam, namun melodi itu terus berlegar di kepalanya.”

“Beliau bermain bola sepak setiap hari dan mengajar rakan rakannya di sana cara bermain bola sepak dan futsal – serta beberapa trik.”

“Dari awal lagi beliau mahu bercampur dengan rakan rakan banduan beliau yang lain. Dan beliau sangat cepat membina persahabatan di sana.”

“Beliau menjadi idola semua orang di sana. Dan ramai yang mengambil kesempatan memintanya menandatangani topi, kasut dan baju, buat kenanangan.”

Bekas penyerang River Plate, Nelson Cuevas baru sahaja melawat Ronaldinho. Dan beliau mendedahkan bahawa, Ronaldinho bersikap seperti biasa, walaupun Cuevas tahu Ronaldinho sebenarnya sangat sedih dan malu dengan apa yang menimpa hidupnya.

Satu dunia kenal kepada Ronaldinho dan satu dunia membaca kisahnya dipenjara. Beliau ke Paraguay atas jemputan acara kebajikan. Itulah sebabnya kerajaan Paraguay meletakkannya di penjara khas sebagai menghargai kemuliaan hatinya.

Cuma, salah tetap salah. Beliau bersalah menggunakan pasport palsu.

Ronaldinho dijangka akan berada di penjara sekurang-kurangnya enam bulan. Dan beliau sudah mendapatkan khidmat guaman untuk keluar lebih awal.

Tetapi buat masa ini kerajaan Paraguay masih lagi dalam penilaian ke atas hukuman ke atasnya.

Ketika ini, sudah dua minggu beliau di penjara.

Semoga Ronaldinho baik baik sahaja. Peminat kamu di seluruh dunia mendoakan yang terbaik buat kamu.

Baca yang lain