Ronaldo £ 380 Juta: Perpindahan Paling Mahal Selepas Kiraan Inflasi

Ronaldo menjadi pemain paling mahal jika nilai perpindahannya pada masa lalu jika dikira mengikut nilai harga indeks pengguna (IHP).

Nilai perpindahannya bekas penyerang Inter Milan ini bernilai £ 380 juta.

Pemain itu berpindah dengan harga £ 25 juta pada 1997, tetapi angka itu masih berada diparas £ 400 juta pada masa ini.

Ronaldo mencipta nama di Barcelona pada tahun 1996 dengan menjaringkan 47 gol dalam 49 penampilannya. Kemudian dia berpindah ke Itali dan menjaringkan 59 gol dalam 99 penampilan.

Selepas 5 musim di San Siro, Ronaldo berpindah ke kelab pesaing Barcelona, Real Madrid. Dia memenangi La Liga bersama pasukan itu.

Pemain yang kini berusia 43 tahun ini memenangi 2 kali kejuaraan Piala Dunia dengan pasukan negaranya, Brazil pada edisi 1994 dan 2002.

Penganalisis pasaran di Itali, PlayRatings menghasilkan algoritma untuk mengetahui nilai yuran perpindahan masa lalu dengan nilai semasa.

Lagenda Argentina, Diego Maradona merupakan pemain yang paling hampir dengan Ronaldo. Nilai perpindahan pemain itu bernilai £ 300 juta ketika di menyertai Napoli dari Barcelona pada 1984.

Terkenal dengan ‘tangan tuhan’ ketika menentang England pada Piala Dunia 1986, Maradona dianggap pemain terbaik sepanjang masa.

Pemain yang berusia 59 tahun ini berjaya merekod 310 gol sepanjang 21 tahun karier sebagai pemain bola sepak.

Michel Platini dan Christian Vieri masing-masing berada di tempat ke-3 dan ke-4 dalam senarai paling mahal selepas inflasi.

Platini meningglkan kelab Perancis, St Ettiene untuk menyertai Juventus pada tahun 1982 dan pemain tengah menyerang ini menamatkan kariernya dengan kelab gergasi Itali itu pada tahun 1987 selepas merekod 103 gol dalam 222 penampilan.

Ronaldo yang memenangi 2 Piala Dunia merupakan penyerang terbaik di dunia ketika menyertai Inter Milan- Kredi t AFP
Maradona mencapai status lagenda di San Paolo- AP:Associated Press

Sementara itu, walaupun hanya berharga £ 1 juta pada tahun 1987, laporan itu mendedahkan lagenda Belanda Marco Van Basten pada hari ini bernilai £ 289.

2 lagi pemain Argentina yang berada dalam senarai teratas adalah Gabriel Batistuta dan Gonzalo Higuain masing-masing menelan belanja £ 247 juta dan £ 2332 juta.

Batistuta meninggalkan Fiorentina dengan menyertai AS Roma pada tahun 2000 dan penyerang ini menjaringkan 292 gol selama 17 tahun kariernya.

Pemain ini juga berjaya mencetak 54 gol dari 77 penampilannya bersama Argentina.

Higuain yang bermain dengan beberapa kelab besar eropah termasuk Real Madrid dan Chelsea, berpindah dari Napoli ke Juventus pada 2016 dianggarkan bernilai £ 232 juta.

Mengikut nilai sebenar, Neymar merupakan pemain paling mahal di dunia selepas menyertai Paris Saint Germain dengan harga £ 199 juta dari Barcelona.

Tetapi yuran perpindahan tersebut menjadi lebih murah dari 8 senarai pemain dalam laporan tersebut.

Namun pemain ini menjadi antara yang termahal jikan kembali ke Barcelona pada musim hadapan. Paris Saint Germain sedang mempertimbangkan akan melepaskan dia jika berjaya mendapat Antoine Griezmann sebagai pertukaran.

Baca yang lain