Ronaldo Akui, Selain Hebat Dia Juga Seorang Yang Tampan, Punca Dia Popular Di Media Sosial

Cristiano Ronaldo mendakwa dia ibarat ‘strawberi yang orang mahu gigit’ ketika menjelaskan kemasyhuran dan popularitinya di media sosialnya,

Dia menjelaskan perasaan bangganya menjadi manusia paling popular di media sosial menerusi temuramah dengan Piers Morgan di TalkTV.

Dalam bahagian pertama temu bual kontroversi Ronaldo telah dikeluarkan pada hari Rabu, selain mengakui bahawa dia ‘menyayangi’ bekas pengurus Ole Gunnar Solskjaer, dia turut membidas generasi muda Manchester United.

Seterusnya, pemain berusia 37 tahun itu juga menjelakan cara dia menangani daya tarikannya di media sosial, yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Dia berterima kasih kepada pengikutnya di Twitter dan Instagram. Sambil memuji  karisma dan ketampanannya. Dia turut membandingkan dirinya dengan strawberi.

Ronaldo menjelaskan: “Bukan sahaja kerana saya bermain bola sepak yang bagus, saya rasa, perkara selebihnya juga adalah relevan – anda perlu berkarisma.”

“Saya fikir menjadi tampan juga membantu. Saya tidak tahu sebab sebenar, tetapi saya seorang yang berdaya saing, ibarat strawberi yang membuatkan orang mahu menggigitnya.”

“Itu yang saya katakan sebelum ini, saya mempunyai perkara yang baik yang mana anda boleh menjual produk anda sendiri tetapi anda perlu menangani halangan dalam hidup anda.”

“Saya sangat berbangga menjadi manusia paling diikuti di media sosial. Ianya sangat bermakna untuk orang seperti saya. Kenapa saya nombor 1? Kenapa saya?”

“Kadangkala, saya pun tertanya tanya dengan diri sendiri. Rasanya, rupa saya yang tampan pun membantu juga.”

Dalam temubual yang sama Ronaldo menyindir Wayne Rooney dan Gary Neville yang seolah olah cuba menjual namanya untuk mendapat perhatian orang ramai.

Ini bukan pertama kali Ronaldo menganggap dirinya sebagai daya tarikan utama di media sosial dan membuatkan orang suka memetik namanya kerana nak melariskan berita.

Temuramah kontroversi itu benar benar membuatkan kem Manchester United bergegar. Terutama sekali bahagian di mana Ronaldo mengutuk Erik Ten Hag dan Wayne Rooney.

Menurut Ronaldo, Rooney ada simptom cemburu dengannya kerana dia lebih bagus daripada pemain itu dan masih bermain walaupun mereka sebaya.

Selain itu dia juga menyatakan dia tak akan menghormati Erik Ten Hag kerana pengurus itu tidak menghormatinya.

Pengurus Portugal, Fernando Santos menyatakan bahawa, temuramah kontroversi itu tidak akan mengganggu kem Portugal dalam persiapan mereka untuk Piala Dunia 2022.

Baca yang lain