Ronaldo: ‘Arsenal Tak Akan Menang’

Pemenang 5 Ballon d’or, Cristiano Ronaldo dengan pantas menyatakan bahawa Arsenal tak akan menang Liga Perdana Inggeris musim ini.

Dia ditanya dengan soalan pantas itu dalam satu acara. Ronaldo menegaskan pandangannya tentang peluang Arsenal untuk bergelar juara EPL musim ini.

Skuad Mikel Arteta masih berpeluang menjadi juara jika Man City keciciran mata menentnag West Ham dan mereka menang melawan Everton.

Arsenal kini dengan 86 mata manakala Manchester City dengan 88 mata. Namun skuad Mikel Arteta itu memiliki perbezaan jaringan yang lebih baik.

Arsenal berharap dapat menamatkan kemarau kejuaraan liga 20 tahun kelab itu.

Ronaldo yang menghadiri acara tinju Tyson Fury vs Aleksandr Usyk. Dan dia menyatakan ramalannya tentang kejuaraan EPL hanya beberapa jam sebelum aksi terakhir EPL hari ini.

“Arsenal tidak akan menang kejuaraan liga,” tegas Bang Do secara ringkas.

@11starceo

Cristiano ronaldo says arsenal wont win the league 😂😂😂😂 #cristianoronaldo #fyp #premierleague

♬ original sound – boss

Ronaldo yakin Manchester City akan menjulang kejuaraan EPL sekali lagi. Arsenal musim lalu menamatkan saingan di tangga kedua pada penamat liga.

Beberapa tahun lalu Ronaldo mendedahkan dia pernah hampir menyertai Arsenal. Dan dia sangat menyukai Arsenal. Ronaldo melabel Arsenal sebagai kelab yang hebat.

@clipsforyou128

Shocking Revelation Ronaldo’s. Surprising Love for Juventus and Arsenal. #ronaldo #football #soccer #fact #arsenal #jeventus #love #cr7

♬ original sound – ClipsforU – ClipsforU

Adakah Gunners akam bergelar naib juara sekali lagi?

Ronaldo kini bermain di liga Pro Saudi bersama Al Nassr. Beliau masih menjadi pemain penting pasukan kebangsaan negaranya dan akan menyertai Portugal dalam Euro akan datang.