Ronaldo Atau Cavani Pakai No.7? Website PL Senaraikan Dua Pemilik No.7

Cristiano Ronaldo sudah rasmi menyertai Manchester United. Dan terkini pemain tersebut dijangka akan memakai jersi No. 7 di Manchester United.

Pemain berusia 36 tahun itu, yang telah memiliki jenama ‘CR7’ sejak satu dekad yang lalu, pastinya sangat signifikan jika berjaya memakai semula jersi no.7.

Namun peraturan EPL dengan jelas menyatakan bahawa penyerang Uruguay itu mesti kekal dengan no.7 sehingga akhir musim ini.

Cavani diberikan no.7 tersebut selepas United berjaya memujuknya untuk melanjutkan kontraknya musim lalu. Ketika itu Cavani menyatakan keinginan beliau untuk menyertai Boca Juniors di Argentina demi untuk tinggal lebih dekat dengan keluarganya.

Jika Man United mahu menukar nombor jersi tersebut, ianya memerlukan pengecualian khas oleh EPL atas persetujuan lembaha pengarah Premier League.

Cavani sudah menyatakan bahawa beliau akan terus komited di Old Trafford. Bermakna no.7 kekal miliknya.

Walaubagaimanapun, Kevin Palmer Sunday World melaporkan bahawa Ronaldo bersedia untuk mendapatkan No. 7 agar menjadi miliknya sekali lagi.

Dengan Daniel James bersedia yang rasmi menyertai Leeds dengan perpindahan bernilai £25 juta, terdapat desas desus bahawa Cavani akan mengosongkan No. 7 baju dan menukar nombor kepada nombor 21 – nombor baju yang dipakainya untuk Uruguay.

Tetapi paling pelik, laman rasmi Liga Perdana Inggeris telah menyenaraikan Ronaldo sebagai No. 7 di laman web rasmi mereka. Cavani juga turut disenaraikan sebagai No. 7.

Daily Mail juga melaporkan bahawa United ‘masih berharap’ Ronaldo dapat merampas kembali No. 7 ikonik tersebut menerusi ehsan khas daripada EPL.

Jika Cavani mengosongkan jersi no.7 kepada Ronaldo ianya pasti akan sangat sangat dihargai peminat. Sama juga dengan ketika Pastore dengan rela hati mengosongkan jersi no.10 PSG kepada Neymar satu ketika dahulu.

Pastore berkata: “Saya gembira melakukannya. Saya tahu kedatangan Neymar sangat penting untuk kelab ini. Saya juga tahu dia sangat suka dengan nombor 10.”

“Neymar sudah bercakap dengan saya pasa benda ni, dan saya tidak ada masalah langsung nak menyerahkan no.10 ini kepadanya.”

“Saya dengan gembira kembali memakai jersi 27 yang saya pakai dulu.”

“Lagipun musim sebelum ni saya cuma bermain 15 perlawanan dengan jersi no.10. Ini adalah satu perubahan, dan kita harapkan ia akan menjurus kepada perubahan lebih baik.”

Neymar juga mahu melakukan perkara yang sama ketika Lionel Messi datang ke PSG. Namun Messi memilih untuk memakai jersi no.30.

Itupun memerlukan pengecualian khas daripada Ligue 1, kerana no.30 sebelum ini hanya boleh dipakai penjaga gol.

Adakah Ronaldo juga akan mendapatkan pengecualian khas di EPL seperti Messi di Ligue 1?

Ada beberapa nombor sangat penting untuk pemasaran kelab selain daripada simbolik kepada pemain.

Oleh sebab itu ada kelab sangat sukar untuk menyerahkan nombor seperti no.10 kepada pemain selagi lagi tiada yang benar benar layak.