Ronaldo Beri Tunang Elaun RM430,000 Sebulan, Tetapi Bersebab La

Cristiano Ronaldo merupakan superstar dalam arena bola sepak. Dan beliau memiliki duit yang banyak hasil daripada gaji dan juga pendapatan hasil iklan.

Muka hensem dan popular pastilah laku kan?

Di sebalik kekayaan beliau seperti Ismeth Ulam Raja, Ronaldo juga ada pacar yang cantik iaitu Georgina Rodriguez. Gadis yang paling beliau sayang dan paling lama bersamanya.

Ronaldo juga ada anak dengan Georgina sambil tunang dia juga turut sangat menyayangi Cristiano Jr. Anak Ronaldo dengan wanita yang tidak dapat dikenalpasti identiti.

Menghargai Georgina Rodriguez yang menguruskan kehidupan seharian anak anak mereka dan juga menjaga ibunya, membuatkan Ronaldo memberikan elaun bulanan lumayan kepada Georgina.

Georgina merupakan seorang peragawati dan juga penari profesional. Gajinya pun masyuk la. Cuma elaun yang diberikan Ronaldo kepadanya, ya ampun, banyak wei, tercabar menteri dibuatnya.

Menurut Corriere Dello Sport, Ronaldo dilaporkan memberi Georgina Rodriguez elaun £20 ribu seminggu ataupun £80 ribu sebulan.

Ianya bersamaan dengan RM430,000 sebulan. Elaun dia sebulan sahaja boleh beli banglo kat Pajam. Kat KL mungkin tunggu dua bulan la kot.

Namun jangan salah anggap. Elaun ini bukanlah elaun gaji dia semata mata. Ianya merangkumi perbelanjaan harian yang digunakan Georgina Rodriguez – dalam menguruskan anak anak dan barang keperluan.

Ada baki tu dia simpan la. Tak luak pun kalau takat nak beli sayur dan barang barang dapur dan belanja sekolah anak anak mereka.

Ronaldo sangat percaya kepada Georgina dalam menguruskan kewangan bagi perbelanjaan harian keluarga mereka.

Ronaldo pernah menyatakan kekaguman beliau ke atas Georgina Kerana sangat menyayangi ibunya dan tak pernah membeza bezakan anak mereka walaupun Cristiano Jr, anak tiri Georgina.

Baru baru ini Georgina menghadiahkan Ronaldo sebuah kereta sempena harijadi ke-35 pemain itu.

Ronaldo menjana pendapatan tahunan sebanyak £28 juta. Menjadikan beliau antara atlet berpendapatan tertinggi dalam ranking terkini.

Ronaldo masih lagi beraksi di peringkat tertinggi di kelab dan juga di peringkat antarabangsa.

Ronaldo juga masih merupakan kapten pasukan kebangsaan pasukan Portugal. Dan membantu negaranya memenangi major pertama di dalam sejarah dengan kemenangan pada Euro 2016.

Bersama Juventus beliau terus menjadi penjaring utama untuk pasukan tersebut dalam persaingan Serie A.

Rahsia utama beliau untuk kekal berada di peringkat tertinggi pada usianya adalah ialah menjaga kecergasan fizikal. Beliau sentiasa menjaga pemakanan dan juga berlatih sepanjang masa.

Sebelum ini Ronaldo bermain untuk Sporting Lisbon, Manchester United dan Real Madrid. Beliau sudah memenangi 5 Ballon d’Or dan juga 5 Liga Juara Juara Eropah. Berlambak dan bersepah piala yang lain serta pencapaian individu.

Menjadikan beliau sebagai salah seorang pemain terbaik sepanjang zaman di dalam arena bola sepak.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan