‘Ronaldo Brazil Lagi Bagus Dari Ronaldo Portugis’

Biasanya orang berdebat tentang Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi. Namun legenda Itali, Christian Vieri pula mengajak orang berdebat tentang Ronaldo Brazil / R9 dengan Cristiano Ronaldo / CR7.

Kedua dua mereka berkongsi nama keluarga yang sama dan antara pemain terbaik dalam sejarah bola sepak.

Ronaldo membantu negaranya Brazil memenangi Piala Dunia. Manakala Cristiano Ronaldo berjaya membantu Portugal menjulang Piala Eropah.

Christian Vieri menegaskan bahawa Ronaldo Nazario adalah lebih baik daripada Cristiano Ronaldo walaupun CR7 memenangi 5 Ballon d’Or dan menjaringkan lebih 700 gol dalam kariernya.

Ini kerana Ronaldo R9 sangat semulajadi dengan bola, dan ibarat seorang penari di atas padang.

Christian Vieri pernah sepasukan dengan Ronaldo Fenomeno di Inter Milan. Di mana pemain legenda Brazil itu menjaringkan 59 gol dalam 99 perlawanan, dan memenangi Ballon d’Or kedua beliau.

Namun malang sekali buat Il Fenomeno apabila kariernya dimusnahkan oleh kecederaan yang berterusan, terutama sekali ketika kariernya sedang di kemuncak di Itali.

Walaubagaimanapun, Ronaldo R9 tetap berjaya bangkit daripada beberapa siri kecederaan serius, sehinggalah beliau terpaksa bersara dan melupakan bola sepak.

Ronaldo R9 juga sama seperti Cristiano Ronaldo, pernah menjadi legenda di Santiago Bernabeu.

Ronaldo R9 menjadi sebahagian penting pasukan Galaticos yang dibentuk di Real Madrid satu ketika dahulu.

Sementara Cristiano Ronaldo membantu Real Madrid menambah 4 Liga Juara-Juara Eropah di kabinet mereka sebelum berhijrah ke Juventus.

Vieri memberitahu Daily Mail: “Saya kawan baik Ronnie [R9]. Dan saya bertuah kerana memiliki beliau sebagai pasangan saya di serangan.”

“Ronaldo R9 ada segalanya. Beliau pemain yang menggemparkan lawan, kuat dan laju. Beliau bermain bola sepak seperti sedang menari dengan bola, beliau ibarat penari di padang bola sepak.”

Namun begitu, Christian Vieri tetap memuji Cristiano Ronaldo yang masih bermain di peringkat tertinggi pada usianya.

Malah beliau percaya Ronaldo dengan mudah boleh bermain sehingga usianya 40 tahun.

Cara Ronaldo menguruskan dirinya terutama sekali menjaga fizikalnya membuatkan beliau sangat dikagumi.

“Saya nak kata bahawa Ronaldo Brazil adalah lebih baik daripada Cristiano Ronaldo.”

“CR7 adalah mesin, beliau dikagumi di atas semua perkara yang beliau lakukan dan berterusan melakukannya.”

“Cristiano boleh bermain sehingga berusia 40 tahun dengan rokok di bibirnya [tanpa ada masalah langsung – macam kita cakap celah gigi la], bak kata orang Itali.”

“Beliau ada fizikal yang luar biasa.”

Dari segi posisi, Ronaldo R9 adalah nombor 9 sejati. Sementara Cristiano Ronaldo asalnya pemain penyerang sayap songsang / inverted winger. Namun beliau berjaya menjadi no.9 ketika di Real Madrid.

Kedua dua pemain memiliki penyudah yang luar biasa di dalam kotak penalti.

Korang pula rasa macamana? Setuju tak dengan pandangan Christian Vieri?

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai