‘Ronaldo Bukan Untuk Dijual, Sila Lapor Diri Seperti Dijanjikan’

Manchester United telah mengulangi pendirian mereka bahawa Cristiano Ronaldo ‘bukan untuk dijual’ ketika khabar angin terus berlegar tentang masa depan pemain itu.

Pemain berusia 37 tahun itu telah meminta untuk meninggalkan Old Trafford jika kelab itu menerima ‘tawaran yang memuaskan’ untuknya pada musim panas ini, menurut laporan The Times.

The Times mendakwa keputusan Ronaldo didorong oleh keinginan untuk bermain dalam Liga Juara-Juara Eropah sepanjang kariernya.

Penjaring gol terbanyak sepanjang zaman Real Madrid dan Portugal itu  yang percaya dia mempunyai ‘tiga atau empat tahun’ lagi di peringkat tertinggi, telah dikaitkan dengan perpindahan ke Bayern Munich, Chelsea dan Roma pada musim panas ini.

Bayern dilihat destinasi yang sesuai kerana kelab itu sedang bersedia kehilangan Robert Lewandowski. Sementara Chelsea pula baru kehilangan Romelu Lukaku.

Dan dengan baki setahun dalam perjanjian semasanya di United, yang mana dia akan bermain dalam Liga Europa musim ini, nampaknya penyerang berpengalaman itu sedang mempertimbangkan pilihannya.

Sebelum ini dia pernah menggunakan taktik yang sama ketika meninggalkan Juventus. Memberitahu kelab secara terbuka agar melepaskannya jika ada tawaran yang bagus, untuk mengelakkan kelab kehilangannya secara percuma.

Dikatakan, United berdiri teguh dengan pendirian mereka.

Wartawan Manchester Evening News Samuel Luckhurst memberikan maklumat terkini mengenai situasi yang sedang berlaku sebelum ini.

Sama seperti yang mereka katakan pada awal minggu ini, apabila muncul laporan mengenai minat Chelsea terhadap Ronaldo, kelab itu mahu memaklumkan bahawa pemenang Ballon d’Or lima kali itu adalah pemain penting dalam projek baharu Man United di bawah Erik Ten Hag,

Bulan lalu, ejen penyerang itu, Jorge Mendes, dilaporkan mengadakan perbincangan mengenai kemungkinan perpindahan dengan pemilik Chelsea, Todd Boehly.

Menurut The Athletic, Boehly bertemu Mendes di Portugal, di mana perbincangan mengenai Ronaldo berpindah ke Stamford Bridge pada musim panas ini dibincangkan.

Bulan lalu juga, terdapat laporan menyatakan bahawa Roma pimpinan bekas pengurus Ronaldo, Jose Mourinho ‘mencuba segala-galanya’ untuk menandatangani Ronaldo dari Manchester United.

Fabio Petruzzi, yang bermain di Roma selama 11 tahun, memberitahu outlet Itali Retesport bahawa dia mendapat maklumat daripada kelab lamanya yang mengesahkan mereka sedang membur tandatangan pemain antarabangsa Portugal itu.

“Saya tahu pasti daripada orang yang sangat bertauliah yang bekerja dalam dunia bola sepak bahawa Roma cuba dalam segala cara untuk mendapatkan Cristiano Ronaldo,” katanya.

“Akan ada beberapa butiran untuk difailkan, terutamanya mengenai hak imej. CR7 akan meninggalkan United.”

Satu lagi laporan menyebut, pengurus baharu Man United, Erik Ten Hag sudah memberitahu Ronaldo bahawa dia akan menunggu pemain itu melapor diri pada Isnin ini. Kerana pemain itu sudah berjanji akan kembali pada hari tersebut untuk pra musim. Ten Hag tidak pernah terfikir akan kehilangan Ronaldo.

Sementara itu rakan senegara Ronaldo, Bruno Fernandes turut merasakan pemain itu akan kekal.

“Saya ada bercakap dengan Ronaldo ketika kami bercuti. Saya hanya melihat dia akan kekal di Manchester United. Dan pada masa yang sama, kelab tak mungkin mahu kehilangan pemain yang bernilai seperti Ronaldo.”

“Namun setiap orang berhak ke atas masa depan masing masing,” kata Bruno Fernandes yang turut menyatakan dia tak sabar nak bertemu kembali dengan Ronaldo pada Isnin.

Apa yang mengejutkan adalah, Napoli pun turut dikaitkan dengan Abang Do menurut laporan David Ornstein.

Baca yang lain