Ronaldo Dedah Kisah Kelakar Di Sebalik ‘Pesen Rambut Pekan’ Pada Piala Dunia 2002

“Saya memohon maaf kepada semua ibu yang melihat anak mereka pergi memotong gaya rambut yang sama.”

Selepas hampir 20 tahun, pada tahun 2021, Ronaldo akhirnya menceritakan kisah lucu di sebalik potongan rambutnya yang terkenal menjelang Piala Dunia 2002.

Brazil kemudiannya memenangi kejohanan itu dengan Ronaldo menjaringkan lapan gol – dua pada perlawanan akhir menentang Jerman – untuk memperoleh Kasut Emas Piala Dunia 2002.

Piala Dunia yang menjadi Piala Dunia Ronaldo sebenar. Berbanding dengan 1998, yang awalnya dicanang menjadi Piala Dunia Ronaldo, tetapi telah dirampas oleh Zidane dengan kegeniusannya.

Menjelang separuh akhir menentang Turki, penyerang Brazil itu memutuskan untuk mencukur kepalanya tetapi meninggalkan sedikit rambut di hadapan. Kalau di Malaysia kita panggil gaya rambut tu macam rambut Pekan. Merujuk kepada gaya rambut watak Pekan dalam filem legenda Batu Belah Batu Bertangkup.

Pemain berusia 44 tahun itu mengakui bahawa rambut itu tidak cantik langsung tetapi dia kini merasakan ada sisi lucu yang dia harus kongsi dengan para peminatnya di seluruh dunia.

“Ia sungguh mengerikan,” kata Ronaldo kepada Sports Illustrated.

“Saya memohon maaf kepada semua ibu yang melihat anak mereka menggayakan potongan rambut yang sama.”

Bekas penyerang Real Madrid itu memberi alasan di sebalik gaya potongan rambut. Ronaldo telah mengalami kecederaan otot kaki sebelum separuh akhir itu, dan pada pagi hari perlawanan dia tidak mahu bercakap mengenainya dengan media Brazil. Jadi dia memerlukan taktik gangguan bagi mengelakkan media bercerita tentang spekulasi kecederaannya.

“Wartawan terlupa tentang kecederaan itu kerana rambut saya masa tu,” sambung Ronaldo.

“Saya melihat rakan sepasukan saya dan saya bertanya kepada mereka, ‘Korang suka tak?; Dan mereka berkata, ‘Tak, ia mengerikan! Gunting balik’.

“Tetapi wartawan melihat potongan rambut saya dan mereka melupakan kecederaan itu.”

Walaupun ia memberikan kesan yang dia inginkan untuk mengelak wartawan bertanyakan kecederannya, Ronaldo tidak pernah menjangka bahawa gaya rambut itu masih diperkatakan sehingga kini.

Dia malah masih ditanya soalan mengenai rambut tersebut sehingga sekarang.

Kecederaan dan gaya potongan rambut pelik itu tidak menghalang Ronaldo itu mengetuai pasukan kebangsaannya menjulang Piala Dunia, memperoleh Man of the Match pada perlawanan akhir menentang Jerman.

Apabila ditanya mengenai gol kegemarannya, Ronaldo merujuk kepada kedua-dua gol itu dalam perlawanan akhir yang terkenal itu.

“Saya suka semua gol saya; mereka seperti kekasih saya,” tambah Ronaldo.

“Saya sentiasa memilih kedua-dua gol bersama Brazil menentang Jerman pada final Piala Dunia 2002 sebagai yang paling saya sukai. Dua dua gol itu bukan yang paling cantik, tetapi ianya sangat penting.”

“Dua tahun sebelum itu tiada siapa yang percaya saya boleh bermain bola sepak semula. Saya adalah penjaring terbanyak, dan kami memenangi Piala Dunia.

“Dua gol itu mewakili perjuangan besar saya selama dua tahun.”

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan