Cristiano Ronaldo telah menulis mesej penuh emosi kepada rakan seperjuangan paling lama bersamanya di pasukan kebangsaan Portugal iaitu Pepe.
Ini selepas pemain pertahanan keras bernama Pepe itu mengumumkan keputusannya untuk bersara daripada bola sepak.
Dalam video yang disiarkan dalam talian pada Khamis, Pepe berkata: “Saya ingin berterima kasih kepada Tuhan kerana memberi saya kebijaksanaan untuk dapat meneruskan perjalanan saya. Saya tidak boleh tidak berterima kasih kepada semua presiden yang ‘bertaruh’ pada saya dan mempercayai saya.
“Semua pekerja di semua kelab yang saya pernah pergi, mereka adalah jiwa dan intipati. Dan pasukan kebangsaan. Semua rakan sepasukan dan jurulatih saya, yang membantu saya berkembang dan bersaing setiap hari. Semua peminat, yang merupakan jiwa bola sepak.
“Kepada Jorge Mendes, kepada GestiFute, kepada ibu saya, yang penting dalam perjalanan saya dengan membiarkan saya terbang ke arah impian saya, iaitu menjadi pemain bola sepak profesional. Kepada semua rakan dan keluarga saya, terutamanya isteri saya, yang setia di rumah saya semasa ketiadaan saya.”
Dia menyambung: “Anak-anak saya kerana mempercayai saya, kerana menjadi sokongan asas dalam hidup saya, kerana menyokong saya apabila saya meninggalkan rumah untuk bermain. Mereka adalah sokongan yang saya perlukan untuk dapat pergi dengan hati nurani yang bersih.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang, ucapkan terima kasih yang tidak terhingga dan pelukan penuh kesyukuran. Terima kasih banyak-banyak.”
Menyambut berita Pepe bersara itu, Ronaldo menggunakan media sosialnya sendiri untuk memberi penghormatan.
Pemenang Ballon d’Or lima kali itu menulis: “Tiada kata-kata untuk menyatakan betapa anda bermakna kepada saya kawan saya.
“Kami memenangi segala-galanya untuk menang di atas padang, tetapi pencapaian terbesar ialah persahabatan dan rasa hormat yang saya ada untuk kamu. Kamu unik saudara saya. Terima kasih banyak-banyak.”
Dalam kariernya, Pepe bermain untuk pasukan seperti Maritimo, Porto, Real Madrid dan Besiktas. Ronaldo dan Pepe pernah bersama di akademi Sporting pada awal karier remaja mereka.
Semasa bersama Los Blancos, pemain pertahanan tengah itu memenangi tiga gelaran La Liga dan tiga trofi Liga Juara-Juara antara anugerah lain.
Ronaldo juga ada bersamanya ketika di Real Madrid. Mereka membentuk generasi emas era CR7 di Bernabeu. Pepe dan Ronaldo menjadi sebahagian penting sejarah Real Madrid pada era moden.
Gandingan Pepe dan Sergio Ramos di barisan pertahanan yang lasak dan tiada belas kasihan itu dianggap antara gandingan terbaik sepanjang zaman di Real Madrid dan dalam kancah bola sepak Eropah.
Di pentas antarabangsa, Pepe membuat 141 penampilan untuk Portugal, menjaringkan lapan gol. Dia adalah sebahagian daripada skuad yang memenangi Euro 2016 di Perancis. Pepe turut menjadi pemain penting Portugal ketika kempen Euro 2024 walaupun dia sudah berusia.
Namun keringatnya di atas padang masih ada. Malah dia antara pemain yang paling menyerlah dalam kempen Euro 2024 yang lalu.
Ketika Pepe sudah berundur, Ronaldo pula sudah menyatakan bahawa dia akan meneruskan karier antarabangsanya. Dia mahu terus bermain sekurang kurangnya sehingga Piala Dunia 2026. Pemain itu sudah mengumumkan bahawa Euro 2024 adalah Euro terakhirnya.
Ronaldo kini bermain untuk Al Nassr masih lagi menjadi pemain utama untuk negaranya. Ronaldo pastinya berharap grand finale untuk kariernya iaitu menjulang Piala Dunia.
Terutama sekali dia sudah pun memiliki segala piala di peringkat kelab dan berjaya memenangi Euro bersama dengan Portugal sebelum ini.
Apapun selamat bersara buat Pepe.