Ronaldo: “Euro Setaraf Piala Dunia”

Cristiano Ronaldo menganggap dia sudah memenangi segalanya bersama Portugal dengan memenangi Euro pada 2016.

Ronaldo menegaskan bahawa Euro adalah sama taraf dengan Piala Dunia. Secara teknikalnya dia sudah memenangi kejohanan paling berprestij dalam bola sepak.

Komen Ronaldo itu menyokong komen Kylian Mbappe sebelum ini yang menganggap Euro seperti Piala Dunia dan lebih sukar berbanding dengan Copa America.

Komen yang menjadi permulaan kepada drama Emi Martinez dan penyokong Argentina mengejek Mbappe dan Perancis tanpa henti selepas Argentina menjuarai Piala Dunia.

Ronaldo pada 2022 menyatakan bahawa Piala Dunia adalah impian utamanya sebelum dia bersara. Namun dua tahun kemudian, pada 2024, Piala Dunia bukan lagi sasaran utama Ronaldo.

Hal ini kerana dia sudah memenangi Euro yang setaraf dengan Piala Dunia. Dia berkata: “Portugal pernah menang Euro ianya setaraf dengan kejayaan memenangi Piala Dunia. Saya sudah memenangi 2 trofi bersama Portuga [Liga Negara Negara Eropah dan Euro] yang saya benar benar mahukan bersama Portugal.

“Saya tidak termotivasi kerana trofi [kerana dah ada trofi setaraf Piala Dunia]. Kini motivasi saya adalah untuk menikmati bola sepak dan mencipta rekod demi rekod yang datang sendiri.”

Dalam aksi terbaru bersama Portugal, Abang Do kini mencetak gol karier (untuk kelab dan negara) ke-900 dalam kariernya. Ronaldo menjaringkan gol kemenangan Portugal ke atas Croatia pada awal pagi tadi.

Diogo Dalot memberikan pendahuluan untuk Portugal dan Ronaldo mencipta momen bersejarah dengan gol kemenangan separuh masa pertama.

Croatia sempat merapatkan kedudukan juga menerusi Dalot yang tertampan bola ke gawang sendiri. Portugal menang 2-1.

https://tweitter.com/i/status/1831781939432579470

Sebelum perlawanan Ronaldo sudah menyatakan bahawa dia masih aset utama Portugal. Dia menafikan bahawa dia merancang untuk bersara. Dia berkata: “Itu hanya mainan daripada akhbar. Tidak pernah terlintas di fikiran saya bahawa kitaran saya (dengan Portugal) telah berakhir. Sebaliknya: ia memberi saya lebih motivasi untuk terus jujur,” kata Ronaldo pada sidang akhbar pada Isnin.

“Motivasinya adalah untuk datang ke pasukan kebangsaan untuk memenangi Liga Negara-Negara Eropah… Kami sudah memenanginya sekali dan kami mahu melakukannya sekali lagi. Saya mungkin mengatakan perkara yang sama berulang kali, tetapi saya tidak fikir jangka panjang, ia sentiasa jangka pendek.”

Ronaldo mengetuai Portugal untuk berjaya dalam edisi pembukaan Liga Negara-Negara pada 2018/19, tiga tahun selepas mereka menjadi Juara Eropah buat kali pertama di Perancis.

“Sehingga akhir karier saya, saya akan sentiasa mempunyai pemikiran bahawa saya akan menjadi pemula [kesebelasan utama],” tambah Ronaldo.

“Apa yang saya rasa pada masa ini, dan kata-kata jurulatih (Roberto Martinez) juga menunjukkan perkara ini, di mana saya terus menjadi aset kepada pasukan kebangsaan dan saya akan menjadi yang pertama untuk mengakuinya.

“Apabila saya (tidak lagi) aset saya akan menjadi orang pertama yang pergi. Tetapi saya akan pergi dengan hati nurani yang bersih, seperti biasa, kerana saya tahu siapa saya, apa yang boleh saya lakukan, apa yang saya lakukan dan apa yang saya akan lakukan, saya akan terus buat.”

Pemain berusia 39 tahun itu kelihatan tidak terganggu dengan kritikan yang dihadapinya kerana gagal menjaringkan gol pada Kejohanan Eropah 2024.

“Kritikan adalah hebat kerana jika ia tidak wujud maka tidak wujudlah kemajuan. Ia sentiasa seperti ini. Adakah ia akan berubah sekarang? Ia tidak akan berlaku,” kata Ronaldo.

“Jadi saya cuba mengikut cara saya, menjadi seprofesional mungkin, membantu dengan cara yang terbaik dengan profesionalisme saya dan bukan hanya berkaitan dengan gol, sebaliknya assist, disiplin, dan menjadi contoh kepada pemain muda, kerana bola sepak adalah lebih daripada sekadar bermain dengan baik atau menjaringkan gol. .