Ronaldo Hampir Bagi Pelempang Tunggal Kepada Peminat Ini

Cristiano Ronaldo merupaka bintang global yang menjadi pujaan seluruh dunia.

Beliau merupakan atlet paling berpengaruh di dunia memiliki jutaan pengikut di laman sosial.

Ke mana sahaja beliau pergi, pasti akan menjadi perhatian dunia.

Dalam aksi UCL pada awal pagi tadi, Juventus menewaskan Bayer Leverkusen. Di mana nama Ronaldo turut tersenarai sebagai antara penjaring gol selain daripada Gonzalo Higuain.

Juventus menang 2-0 dalam aksi di tempat lawan.

Juventus sudah pun mengesahkan kemaraan ke pusingan kalah mati. Namun kemenangan itu mengukuhkan lagi kedudukan mereka di puncak kumpulan D.

Selepas tamat perlawanan, seorang penceroboh padang yang merupakan peminat Ronaldo telah masuk ke dalam padang.

Sama seperti pitch invader yang lain, dia mahu berselfie bersama Ronaldo.

Sebelum ini sudah ramai melakukannya dan Ronaldo sentiasa terbuka dan sudah beberapa kali Ronaldo mengaragkan pengawal keselamatan untuk membenarkan mereka berselfie terlebih dahulu.

Namun pada kali ini, perkara yang berlaku agak tak kena sedikit. Pitch invader tersebut telah mengasari Ronaldo kerana terlalu agresif.

Dan Ronaldo agak bengang dengan keadaan itu. Hampir sahaja pelempang tunggal singgah kat muka penceroboh tersebut.

Mujur Ronaldo masih ingatkan ibunya dan anaknya yang masih bersekolah. Kalau tak memang merah pipi mamat tu kena.

Penceroboh padang tersebut mengambil risiko berlari dengan larian Hafiz Jantan daripada tempat duduk.

Kerana kesalahan menceroboh padang ni biasanya kau akan digantung seumur hidup daripada stadium. Jadi bila ambil risiko ni, kau nakkan ia berbaloi dan dapat bergambar dengan pemain kau minat.

Tetapi mamat ni malang sikit. Ianya bertukar menjadi detik tragedi. Ronaldo kesakitan kerana tarikan yang kuat pada bahunya. Ditambah dengan impak sekuriti yang menarik mamat tersebut.

Ronaldo kemudian ditenangkan oleh rakannya.

https://twitter.com/i/status/1204884161049313282

Ronaldo ni bukanlah sombong sangat kalau kena pada caranya. Cuma kes tadi memang agak terkejut dia kena tarik macam tu.

Sampai rasa macam nak terkehel tulang bahu dia kena tarik macam tu. Sebelum ini beliau sentiasa cuba melayan para peminatnya. Itu tak cerita lagi kisah dia cari gadis McD tu.

Ronaldo dalam misi untuk memberikan kejuaraan UCL kepada Juventus selepas sekian lama.

Pada usianya yang sudah 34 tahun, Ronaldo masih beraksi di tahap tertinggi. Beliau diiktiraf sebagai pemain terbaik Serie A untuk musim lalu.

Maurizio Sarri pun mengidam UCL selepas berjaya membantu Chelsea menjulang UEL musim lalu dengan menewaskan pasukan Arsenal.

Selain itu, Juventus juga mendapat tentangan yang sengit dalam persaingan Serie A musim ini daripada Inter Milan.

Agak menarik kerana Inter dibimbing oleh legenda Juventus iaitu Antonio Conte. Dan Inter sedang mendahului Juventus dengan 2 mata selepas 15 perlawanan.

Baca yang lain