Ronaldo Hampir Menumbuk Pengadil Kerana Kad Merah

Cristiano Ronaldo dilayangkan kad merah dalam aksi antara Al Hilal dan Al Nassr. Di mana dia telah menyiku lawannya.

Ianya malam yang mengecewakan buat Ronaldo dan Al Nassr di mana mereka kalah 2-1 di tangan musuh tradisi pada aksi separuh akhir Piala Super Saudi.

Al Nassr fikir mereka sudah berjaya mendahului terlebih dahulu menerusi Otavio pada akhir babak pertama. Namun gol itu dibatalkan kerana Ronaldo cuba memainkan bola dari kedudukan ofsaid.

Keputusan pengadil itu membuatkan Ronaldo bengang. Kerana dia tidak menyentuh bola tersebut yang disambut oleh Otavio di posisi tidak ofsaid. Kerana protes itu Ronaldo dilayangkan kad kuning,

Situasi menjadi lebih teruk buat Ronaldo, apabila dia menyiku pemain Al Hilal. Ronaldo dilayangkan kad merah ketika pasukannya sedang ketinggalan 2-0.

Insiden itu berlaku ketika Ronaldo cuba menyegerakan hantaran ke dalam. Dan dia diganggu oleh pemain Al Ittihad. Ronaldo menyiku pemain tersebut.

Pengadil jelas tidak memberikan peluang lagi kepada Ronaldo.

Dia hampir sahaja hilang akal dan mahu menumbuk pengadil. Namun dia menarik balik tindakannya segera.

Jika tidak pastinya ia akan membuatkan Ronaldo dalam bahaya. Kerana sebelum ini dia sudah dikecam teruk media Saudi kerana beberapa tindakannya di atas padang dan di luar padang.

Ronaldo pernah dikecam kerana keraian gol yang dianggap melucah. Kemudian dia pernah mengambil mafla yang dibalik peminat lawan dan mengelap di kemaluannya.

Ketika keluar meninggalkan padang, dia sempat memberikan tepukan sarkastik kepada pengadil. Dia meminta seluruh stadium menyaksikan sendiri rompakan yang dibuat oleh pengadil ke atas Al Nassr.

Sadio Mane berjaya merapatkan jurang gol selepas itu. Namun Al Nassr tidak dapat menyamakan kedudukan.

Al Hilal yang juga merupakan pendahulu liga Pro Saudi akan berdepan Al Ittihad pada aksi final. Al Ittihad menewaskan Al Wehda dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Al Nassr terlepas piala super, dan dalam carta liga mereka jauh di belakang Al Hilal. Di mana Al Hilal kini 12 mata di atas Al Nassr dalam persaingan Liga Pro Saudi.

Baca yang lain

Cassano Anggap Leao Perasan Bagus

Antonio Cassano sekali lagi membuat kenyataan kontroversi, kali ini dia mensasarkan kepada Rafael Leao. Dia melabel pemain Milan itu sebagai pemain yang