Ronaldo Ingin Lihat Arsenal Juara EPL Musim Ini: “Mereka Pasukan Kegemaran Saya Selepas Manchester United”

Cristiano Ronaldo mengakui dia teringin mahu Arsenal menjuarai Liga Perdana Inggeris musim ini – jika Manchester United gagal menyertai mereka dalam perebutan kejuaraan.

Menurut Ronaldo, Arsenal merupakan satu lagi pasukan kegemarannya selepas Manchester United.

Ronaldo mendominasi tajuk berita pada malam sebelum Piala Dunia Qatar selepas melancarkan serangan secara peribadi ke atas Manchester United serta Erik Ten Hag dalam satu temu bual dengan Piers Morgan pada hujung minggu lalu.

Dia turut membidas Gary Neville, Wayne Rooney, Ralf Rangnick dan ramai lagi.

Piers Morgan dikenali sebagai peminat tegar Arsenal. Dan dia mahu tahu pandangan rakan baiknya itu tentang prospek Arsenal dalam persaingan kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Ronaldo berkata, dia teringin melihat Arsenal menjuarai Liga Perdana United Inggeris sambil memuji pasukan tersebut.

Ronaldo menyatakan kekagumannya terhadap pengurus Mikel Arteta dan ‘pasukan bagus’ yang dimiliki Arsenal sambil mengakui dia berharap untuk melihat mereka memenangi Liga Perdana Inggeris, jika Manchester United gagal bersaing pada musim ini.

Ketika ditanya oleh penyokong Morgan sama ada dia mahu melihat mereka menjadi juara, Ronaldo mengakui: “Saya harap begitu.”

“Manchester United dahulu, dan jika tidak, Arsenal adalah pasukan yang saya suka lihat bermain.”

Arsenal mendahului lima mata di puncak carta Liga Perdana semasa rehat Piala Dunia, setelah memenangi 12 daripada 14 perlawanan pertama mereka musim ini.

Terdapat keyakinan bahawa pasukan Arteta boleh mencabar Manchester City untuk kejuaraan pada 2022/23, dan Ronaldo sempat memberikan pujian kepada The Gunners.

Dia menambah komen tentang kelab London utara: “Saya suka pasukan itu. Saya suka jurulatihnya. Saya rasa mereka mempunyai pasukan yang bagus.”

“Dan jika Manchester United tidak dapat memenangi Liga Perdana Inggeris [musim ini], maka saya akan gembira jika Arsenal yang memenanginya.”

Baca yang lain