Cristiano Ronaldo kembali semula ke Old Trafford selepas diberikan cuti khas kerana masalah keluarga. Ronaldo terlepas kesemua aks pra musim di Asia dan Australia sebelum ini. Walaupun kita tahu Australia ni gatal gatal main kat konfederasi AFC, tapi mereka buka Asia ye.
Ronaldo kali ini datang dengan membawa ejennya sekali. Dia mahu berbincang dengan Erik Ten Hag tentang masa depannya di kelab itu. Dan pendiriannya masih tak berubah. Dia masih mahu angkat kaki dari Manchester United.
Semuanya berlaku hanya selepas semusim dia kembali ke kelab yang mengangkatnya menjadi legenda hidup. Ronaldo menyertai Manchester United musim panas musim sebelum ini dengan nilai EUR25 juta. Manchester United memintas Manchester City pada saat akhir untuk memastikan legenda kelab mereka itu tidak memakai jersi seteru sebandar mereka.
Namun Ronaldo kecewa dengan banyak perkara di Manchester United. Ini termasuk kegagalan memenangi sebarang piala dan gagal ke UCL.
Lantas dia menghantar transfer request daripada kelab. Selepas lama bercuti bersama keluarganya, Ronaldo akhirnya kembali dengan membawa ejennya, Jorge Mendes. Dia mahu membincangkan tentang perpindahannya keluar dari Old Trafford.
Cristiano Ronaldo and Jorge Mendes have arrived at Carrington #mufc https://t.co/srlw2qHR5j
— Rich Fay (@RichFay) July 26, 2022
Perkara itu turut disahkan sendiri oleh Fabrizio Romano. Sumber yang sama menyebut bahawa Erik Ten Hag kekal dengan pendiriannya bahawa pemain itu bukan untuk dijual.
Menurut abang pakar perpindahan eropah itu: “Cristiano Ronaldo akan membincangkan masa depannya. Manchester United menegaskan bahawa dia bukan untuk dijual. Sementara itu, Ronaldo mahu pergi, Mendes masih mendesak [perpiondahan].”
Mendes sudah memberitahu kelab sebelum ini bahawa Ronaldo mahu beraksi di dalam UCL selaku pemain yang digelar MR. UCL berdasarkan rekodnya dalam pertandingan ini.
Mendes pernah menawarkan Ronaldo kepada Bayern, Chelsea dan Barca. Chelsea dan Bayern antara yang terbuka menyatakan mereka menolak idea itu.
Seterusnya Atletico Madrid turut menolak kerana masalah gaji yang terlalu tinggi. Namun selepas itu Atletico mempertimbangkannya kerana Mendes memberitahu bahawa Ronaldo sedia dikurangkan gaji sehingga 30%.
Seterusnya, dalam perkembangan lain, Fabrizio Romano menyatakan bahawa tiada perkembangan terbaru tentang Frenkie De Jong. Di mana pemain itu masih berkeras mahu terus kekal di Barcelona. Dan pada masa yang sama tidak menerima syarat pemotongan gaji daripada kelab itu.
Barcelona masih berhutang EUR17 juta dengan pemain tersebut.
Cristiano Ronaldo will meet with Erik ten Hag to discuss about his future. Man Utd insist he’s not for sale while Cristiano wants to go – Mendes, still pushing 🔴 #MUFC
No changes on Frenkie de Jong, as of now – no intention to accept a salary cut.
More: https://t.co/mY1unuhXbv pic.twitter.com/AZdOQBh5DT
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) July 26, 2022