Ronaldo Kembali Dengan 11 Gol/7 Perlawanan, Sebelumnya Hanya 5 Gol/10 Perlawanan

Christiano Ronaldo mengumpul jaringan yang ke-11 dari 7 perlawanan selepas 2 gol beliau berjaya membantu Juventus menewaskan Parma 2-1.

Juventus kini 4 mata di puncak Seria A dengan kelebihan 4 mata selepas 20 perlawanan.

Sehari sebelum itu Inter Milan hanya mampu seri ketika menentang Lecce, ia menjadi kelebihan besar untuk skuad Maurizio Sarri ketika turun bertemu Parma.

Rodrigo dalam penggantungan sementara itu Merih Demiral, Georgio Chiellini, Mathia De Sciglio dan Sami Khedira dalam senarai kecederaan.

Ronaldo yang tidak bermain ketika Juventus menang ke atas Udinese 4-0 dalam Piala Coppa Italia -suku akhir- kembali digandingkan bersama Paulo Dybala.

Gervinho, Alberto Grassi dan Yann Karamoah tidak berada dalam senarai pemain Parma yang ke Delle Alpi, Parma gagal mencuri mata untuk mengintai peluang untuk berada di tangga ke-6 liga.

Ini merupakan perlawanan istimewa buat Dejan Kulusevski, yang ditandatangi bulan ini dari Atalanta. Tetapi kekal dipinjamkan kepada Parma sehingga tamat musim.

Dejan Kulusevski yang dibeli dari Atalanta dengan harga €35, terus dipinjamkan ke Parma sehingga tamat musim

Maknanya pemain ini kepunyaan Juventus yang bermain untuk Parma pada perlawanan semalam.

Ketika Andreas Cornelius sedang bersedia untuk dibawa masuk, Juventus membuka jaringan. Ronaldo melakukan cut inside dari sebelah kiri dan melepaskan percubaan dari kaki kanan.

Percubaannya terkena Matteo Darmian dan berlaku big deflection, jangkaan arah bola oleh penjaga Parma, Sepe pada asalnya betul menjadi salah.

Dengan jaringan itu Ronaldo sudah menjaringkan gol dalam 7 perlawanan berturut-turut di Seria A.

Parma berjaya menyamakan kedudukan melalui bintang supersub Seria A, Andreas Cornelius. Sekali lagi beliau menjaringkan gol selepas dibawa masuk dari bangku simpanan.

Kedudukan itu tidak bertahan lama selepas Ronaldo sekali lagi meledak untuk meletakkan Juventus sekali lagi di hadapan.

Dybala melakukan hantaran lintang dari sebelah kanan, Ronaldo membuat larian menuju kotak 6 ela dan mudah menolak masuk menewaskan Sepe. 2 gol tersebut menyaksikan Ronaldo menjaringkan gol di semua 7 perlawanan terakhirnya.

Ronaldo berkata Parma sangat tersusun dan sukar dikalahkan. Penyerang Portugal ini juga gembira apabila 2 jaringannya terus meletakan Juventus di tangga teratas dengan kelebihan 4 mata.

“Sekarang ni penting untuk menang, kita orang tahu Inter seri dan Lazio menang. Jadi kita orang nak buat kelebihan.”

“Parma teratur dan payah nak dikalahkan. Tapi kita orang berjuang kuat dan menang.” Katanya kepada Sky Sport Italia sejurus kemenangan 2-1 itu.

“Parma menyerang gila pada hujung perlawanan, berusaha masuk ke dalam kotak penalti kami. Kami kelam kabut juga sekejap kat pertahanan.”

“Ini perkara biasa berlaku, kita orang rasa tekanan juga. Tapi benda yang penting kita orang dapat 3 mata.”

Sehingga kini Ronaldo sudah menjaringkan 432 gol di eropah -5 liga utama, tidak termasuk ketika bersama Sporting Lisbon-.

Gol tersebut menyamai jumlah jaringan Messi, tetapi penyerang dari Argentina itu menambah 1 gol lagi ketika Barcelona menewaskan Granada 1-0.

1 jaringan Lionel Messi menentang Granada minggu ini meletakkannya kekal dihadapan bagi penjaring terbanyak di 5 liga utama eropah

Messi 433 gol. Ronaldo 432 gol. Di 5 liga utama eropah.

Maurizio Sarri pula tidak gembira apabila melihat Parma berjaya meletakkan pasukannya dalam tekanan.

“Pak Cik lebih suka main kat atas dari berada 10-15 minit di kawasan sendiri.”

Walaupun Juventus berada di depan dengan 4 mata, tetapi Lazio boleh mengurangkan kepada 3 mata jika menang baki 1 perlawanan dalam tangannya.

Pada perlawanan semalam, Aaron Ramsey bermula di peranan trequartista, Higuian masuk sebagai pemain gantian dan Dybala dikeluarkan bagi memberi laluan kepada Douglas Costa.

“Pak Cik nampak pemain sikit penat lepas main Coppa Italia (tengah minggu), dan kena tukar bagi rehat sikit.”

“Pak Cik bagi isyarat kepada pasukan, peluang sentiasa terbuka untuk pemain bermain.”

“Andrien Rabiot dan Ramsey datang dari liga berbeza, mempunyai banyak masalah kecergasan sejak beberapa bulan ini dan kurang berlatih seperti seperti mereka mahukan.”

“Tetapi perkembangan mereka berdua semakin meningkat.”

“Kita orang masih boleh memperbaiki cara membaca permainan, terutamanya di hujung-hujung perlawanan kerana Pak Cik tak suka main passing-pasing dalam kawasan sendiri.”

“Pak Cik suka serang, kalau kita ada peluang bunuh perlawanan, kita perlu mengambilnya.”

Cornelius berjaya menjaringkan gol penyamaan walaupun hanya sementara.

“Kita orang dah bertambah baik dalam melepaskan gol situasi bola mati. Tapi malam ni kita orang bolos kepada pasukan terbaik dalam senario ini.”

“Ini berkaitan berjaga-jaga dan potong bola tersebut sebelum sampai lat sana.”

Sarri berkerja dengan bintang tanpa mengenepikan karektor pemain

Ronaldo menjumpai kembali sentuhannya selepas hanya menjaringkan 5 gol dalam 10 perlawanan awal Seria A. Sarri ditanya tentang pemilihan pemain,

“Awak ada pemain bertaraf dunia yang akan menyebabkan awak mempunyai beberapa masalah. Tetapi mereka juga penyelesaian kepada masalah awak. Jadi terimalah karektor mereka dan bekerjanya.”

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan