Cristiano Ronaldo dengan terbuka menyatakan kepada Al Nassr, dia mahu menyelesaikan isu kontraknya pada Januari ini.
Kontrak semasa Ronaldo akan berakhir pada Jun 2025. Pemain itu masih belum ditawarkan kontrak baharu di kelab itu.
Di Arab Saudi memang masih ada budaya macam liga lain di Asia, termasuk Liga Malaysia, di mana kelab kelab mereka tidak akan menawarkan kontrak baharu lebih awal.
Masih banyak kelab yang menunggu sehingga musim berakhir. Oleh sebab itu Ronaldo menyatakan bahawa dia mahu Al Nasr mengemukakan tawaran kepadanya.
Dia mahu berunding pada Januari ini. Untuk memudahkan dia merancang perjalanan kariernya selepas ini.
Ronaldo masih mahu kekal bersama dengan kelab Arab itu. Dia menyertai Al Nassr secara percuma setelah kontraknya di Manchester United ditamatkan gara gara dia mengecam pengurus dan kelab itu.
Ronaldo menerima bayaran €200 juta semusim bersama dengan kelab Saudi itu. Dan dia masih tercari cari trofi pertama bersama kelab tersebut.
Cristiano Ronaldo quer decidir o seu futuro já em janeiro, informa @cnnportugal 🚨⬇️
O internacional português termina o atual contrato no Al Nassr em junho.
Na vossa opinião, devia renovar o vínculo ou procurar outro clube? ✍️ pic.twitter.com/aSVH1J3FEQ
— Cabine Desportiva (@CabineSport) January 1, 2025
Bintang Portugal itu benar benar gembira berada di Al Nassr bersama dengan keluarganya. Dia pernah menyatakan bahawa dia tidak memikirkan untuk kembali semula ke Eropah buat masa ini.
Kerana dia yakin bahawa Liga Pro Saudi tengah berkembang pesat.
Baru baru ini Ronaldo dinobatkan sebagai Pemain Timur Tengah Terbaik 2024 di Dubai Globe Soccer Award.
Ronaldo kemudian melabel Liga Pro Saudi lebih bagus daripada Ligue 1 kerana pemain di sini boleh berlari pada suhu mencecah 40 darjah celcius.
Lagipun menurutnya di Saudi, ada banyak pasukan bersaing sesama mereka untuk merebut trofi sedangkan hanya 1 pasukan sahaja yang mendominasi Ligue 1 iaitu PSG.
Tahun lalu dia menyatakan bahawa Ligue 1 adalah lebih baik daripada beberapa liga di Eropah seperti Liga Belanda. Setiap kali dia membuat perbandingan itu, setiap kali itu juga media di eropah mengecamnya.
Al Nassr merupakan salah satu big 4 yang berada di bawah pemilikan PIF. Sebuah organisasi yang memiliki dana yang sangat banyak dan tidak ada berpenghujung. Ronaldo juga dilantik menjadi duta negara tersebut terutama sekali dalam usaha negara itu membida hak penganjuran Piala Dunia.