Ronaldo Menangis Selepas ‘Miss’ Dua Peluang Terbuka, Al Nassr Tersingkir Dari ACL

Cristiano Ronaldo kelihatan menangis ketika dia gagal menyempurnakan beberapa peluang keemasan dalam aksi suku akhir Liga Juara Juara Asia.

Dia benar benar kecewa dengan kegagalan tersebut, walaupun dia meneruskan rekod jaringannya di peringkat kelab selepas itu.

Al Nassr tersingkir dari persaingan selepas terikat 4-4 secara agregat berdepan Al Ain dan kemudian kalah dalam penentuan penalti.

Al Nassr ketinggalan 0-1 secara agregat daripada pertama.

Dalam aksi di tempat sendiri, Al Nassr pada awalnya ketinggalan 0-2 selepas 45 minit pertama. Namun Abdulrahman Ghareeb memastikan kedudukan menjadi 1-2 sebelum rehat untuk agregat 1-3.

Pada separuh masa kedua Al Nassr berjaya bangkit dengan 2 gol. Menerusi jaringan sendiri Khalid Eisa, kemudian gol oleh Alex Telles untuk menjadikan kedudukan 3-3 secara agregat.

Bermakna aksi dilanjutkan untuk 30 minit masa ekstra. Al Ain sekali lagi di hadapan minit ke-103 menerusi Sultan Al Shamsi.

Namun Ronaldo menyamakan kedudukan pada minit ke-118 menerusi sepakan penalti.

Walaubagaimanapun, sebelum gol itu Abang Do terlepas 2 peluang keemasan untuk menjaringkan gol.

Dia terlepas peluang terbuka ini:

Dan satu lagi peluang ini:

Ronaldo menangis selepas gagal menyempurnakan peluang itu, mengetahui itu boleh menjadi alasan kenapa mereka gagal mara.

Selepas menjaringkan gol penalti pada lewat masa ekstra, Ronaldo sempat meminta maaf kepada peminat Al Nassr kerana gagal menyempurnakan 2 peluang terhidang sebelum ini.

Akhirnya pada penentuan penalti Al Nassr tersingkir, walaupun Abang Do berjaya menyempurnakan tugasannya.

Sebelum aksi suku akhir ini, Ronaldo sempat menyebut ‘Remontada InshaAllah’, bermaksud, ‘Comeback, inshaAllah’.

Namun  jelas sekali remontada tidak berlaku untuk Al Nassr. Ronaldo dan Al Nassr terlepas peluang dalam trofil ACL musim ini dan mereka juga sudah dikira mustahil untuk menjuarai liga domestik berdasarkan jurang mata terlalu jauh dengan Al Hilal.

Cristiano Ronaldo dan rakan rakannya terpaksa akur bahawa musim ini bukan musim terbaik untuk mereka. Kerana harapan peminat sangat tinggi kepada mereka.

Mana tidaknya, ada Abang Do dalam pasukan kot. Apapun cuba lagi tahun depan. Kerana CR7 mengesahkan dia masih mahu terus kekal di Liga Saudi yang menurutnya sudah setaraf dengan liga di Eropah malah lebih baik daripada Ligue 1.

Baca yang lain

Tuchel Tuduh Pengadil Memihak Arsenal

Thomas Tuchel menuduh pengadil sebagai berat sebelah memihak kepada Arsenal. Ini selepas beberapa keputusan pengadil dianggap memihak Arsenal dan tidak kepada Bayern.