Ronaldo R9 Dedahkan Sebab Sebenar Dia Tinggalkan Barcelona

Ronaldo R9 akhirnya membuka mulut sebab utama dia tinggalkan Barcelona dan sertai Inter Milan ketika zaman kemuncaknya.

Banyak sekali versi ditullis sebelum ini. Ada yang menyatakan Ronaldo yang mendesak untuk dijual ke Inter Milan kerana dia mahu bermain di Serie A yang ketika itu dianggap liga terbaik di dunia.

Ronaldo menyertai Barcelona dari PSV Eindhoven. Namun hanya selepas semusim dia menyertai Inter Milan walaupun ada rekod  gol luar biasa bersam Barca dalam tempoh singkat itu.

Ronaldo menyatakan alasan utama adalah masalah dalam pengurusan kelab Barcelona. Dan layanan yang buruk diberikan kepada pemain dari Brazil pada masa itu.

Menurutnya, Barcelona  banyak kisah kejayaan yangg  indah bersama dengan bintang bintang Brazil. Sehinggakan kelab itu menjadi kelab impian bintang Brazil sejak kecil. Kerana ramainya nama pemain Brazil yang berjaya di Barcelona.

Namun hakikatnya menurut Ronaldo, kelab sentiasa melayan pemain Brazil dengan teruk dan hubungan akan berakhir dengan pertelingkahan. Dia cakap la.

“Mereka memang sudah ada masalah pengurusan yang sangat teruk sejak dulu,” kata Ronaldo membandingkan isu masalah pengurusan Barca yang hari ini meletakkan kelab itu dalam hutang sangat tinggi.

Ronaldo dedahkan dia sebenarnya sudah capai kesepakatan kontrak baharu dengan Barcelona namun 5 hari kemudian kelab memberitahunya, mereka tak jadi hadiahkan dia kontrak baharu itu.

“Ianya benar benar meruntun hati dan perasaan. Saya sudah jatuh cinta dengan bandar itu pada masa itu.

“Rivaldo meninggalkan kelab itu selepas bergaduh dengan mereka. Ronaldinho tinggalkan kelab itu selepas bergaduh dengan mereka. Neymar tinggalkan kelab itu selepas bergaduh dengan mereka.

“Lihat Barcelona ada banyak kisah [kejayaan] dengan ramai pemain bintang Brazil, namun akhirnya hubungan itu retak dan berakhir dengan teruk sekali,” kata uncle Do – seperti dilaporkan Relevo.

Ditanya tentang, sama ada dia rasa Barcelona pada hari  ini juga teruk dari segi pengurusan. Dia mengelak untuk menjawab lebih lanjut soalan tersebut.

Selepas menjuarai Piala Dunia 2002, Ronaldo memutuskan untuk menyertai Real Madrid yang merupakan musuh tradisi Barcelona.

Dia membantu membentuk The Galaticos yang turut ada nama besar lain seperti Luis Figo, Roberto Carlos, Raul, Zidane dan Beckham.