Seperti yang umum tahu, Cristiano Ronaldo menyertai Al Nassr dengan pakej gaji yang sangat luar biasa. Berbeza dengan Neymar, Ronaldo tidak ditawarkan pakej tajaan hotel oleh kelabnya.
Ketika dia tiba di Arab Saudi, Ronaldo menginap atau menyewa di hotel mewah Four Seasons di Riyadh. Menurut laporan, Ronaldo membawa keluarga, rakan dan juga pengawal peribadinya tinggal di sana.
Mereka adalah kumpulan yang besar, tinggal di dalam 17 bilik di hotel tersebut. Dengan Ronaldo menginap di Kingdom Suite dua tingkat.
Hotel tempat mereka tinggal memiliki tahap keselamatan yang ketat dan menyediakan pelbagai servis kelas A atau level diraja.
Tempat penginapan Ronaldo itu itu memerlukan kelab membayar £250,000 sebulan. Jadi dia perlu membayar sekitar £6 juta atau RM35.12 juta setahun.
Dengan pendapatannya yang sekitar £173 juta setahun tidak termasuk lagi tajaan lain, maka jumlah itu dianggap hanya celah gigi saja untuk Abang Do bayar.
Yang penting dia dapat membawa keluarga dan rakan rakannya agar tidak terasa terlalu asing di tempat lain.
Ronaldo memiliki rumah mewahnya sendiri termasuk di kampung halamannya di Madeira. Dia turut membeli rumah di Turin, dan Madrid.
Rumahnya di Madrid sangat mewah, di mana Georgina sendiri pernah mengakui pada minggu pertama dia tinggal di sana, dia seringkali tersesat.
Untuk persiapan perasaraannya dia dikatakan sudah membeli kediaman mewah bernilai £17 di Quinta da Marinha.