Ronaldo Sudah Angkut Keluar Kereta Mewah Miliknya, Petanda Dia Bakal Tinggalkan Juve?

Masa depan Cristiano Ronaldo dengan Juventus terus menjadi topik hangat. Beberapa spekulasi berlegar tentang masa depan pemain berusia 36 tahun itu.

Laporan dari Itali menyatakan jika Juve gagal lolos ke Liga Juara-Juara musim depan, pemenang Ballon d’Or lima kali itu mahu berpindah mencari kelab lain,

The Old Lady duduk di tangga kelima di meja Serie A dengan baki satu perlawanan. Untuk berada di kedudukan empat teratas, mereka mesti mengalahkan Bologna dalam pertandingan terakhir musim ini pada hari Ahad dan berharap agar AC Milan atau Napoli, di tempat ketiga dan keempat masing-masing keciciran mata.

Walaupun Juve layak ke UCL sekalipun, masih belum ada jaminan pemain itu akan kekal. Di mana Ronaldo sudah dikaitkan dengan beberapa kelab lain.

Dan khabar angin mengenai kemungkinan keluarnya Ronaldo dari Juve kini semakin bertiup kencang setelah sebuah video menunjukkan tujuh supercarnya dikeluarkan dari rumah dia di Turin pada malam hari.

Menurut The Daily Mail, sekumpulan lelaki dilihat mengambil kenderaan bernilai jutaan pound dari kediaman mewah Ronaldo pada pukul 3 pagi.

Kereta-kereta itu diambil oleh lori treler milik syarikat Rodo Cargo. Rodo Cargo merupakan ‘syarikat perkhidmatan pindah yang terkenal di Portugal’. Ianya berpusat di Lisbon – bandar Ronaldo memulakan karier profesionalnya.

Syarikat yang sama menjadi pilihan Ronaldo, 3 tahun yang lalu ketika beliau berpindah ke Turin dan membawa sekali kereta kereta mewahnya.

Sporting Lisbon adalah salah sebuah daripada beberapa kelab yang telah dikaitkan dengan perpindahan berpotensi untuk Ronaldo, yang kontraknya di Juventus berakhir pada bulan Jun 2022.

Ibu Cristiano, Dolores Aveiro, baru-baru ini mengungkapkan bahawa dia akan berusaha meyakinkan anaknya untuk kembali ke Sporting untuk musim depan.

“Saya akan bercakap dengannya [Cristiano] untuk membawanya kembali,” kata ibu Ronaldo seperti.

“Tahun depan dia akan bermain di Alvalade [stadium Sporting].”

Dolores meraikan kejuaraan liga oleh Sporting bersama dengan ahli keluarganya yang lain.

Keluarga Ronaldo memang peminat tegar Sporting Lisbon lebih lebih lagi kelab itu merupakan kelab yang memajukan karier Ronaldo ketika masih remaja.

Namun, itu akan menjadi kejutan besar jika Ronaldo kembali ke Sporting pada musim panas ini, kerana gaji Ronaldo sangat mahal.

Ejen pemain, Jorge Mendes, terus menepis pandangan ibu Ronaldo itu: “Cristiano bangga dengan gelaran liga yang dimenangi oleh Sporting, sebenarnya, seperti yang telah ditunjukkannya secara terbuka.”

“Tetapi buat masa ini rancangan kariernya tidak akan berlaku di Portugal.”

Dua kelab yang sedang hangat dikaitkan dengan Ronaldo adalah Manchester United dan PSG.