Cristiano Ronaldo benar benar bengang dengan sikap culas Juventus tidak membayar tunggakan gajinya.
Sedangkan dia sudah meninggalkan Juventus pada Ogos 2021, iaitu kira kira 2 tahun lepas.
Tahun lalu lagi Ronaldo menuntut Juve membayar tunggakan gajinya sebanyak €19 juta di kelab itu terutama sekali selepas dia kehilangan kontrak di Man United.
Menurut butiran, Juventus sebenarnya berhutang keseluruhan €28 juta.
€19 juta adalah hutang tunggakan gaji yang dipersetujui antara Ronaldo dengan Juventus sebagai penangguhan bayaran semasa pandemik melanda.
Jadi, ianya bercanggah dengan laporan Juve bahawa Ronaldo setuju menerima pengurangan gaji. Kontroversi itu antara yang menjadi sebab kenapa Juve dianggap menipu dalam laporan kewangan mereak sebelum ini.
Angka €9 juta lagi adalah tunggakan gaji sebelum pandemik iaitu pada musim sebelum pandemik melanda. Dan dikatakan angka itu sudah dibayar oleh Juve.
Dan kini masih ada baki €19 juta lagi. Angka itu sangat besar untuk Ronaldo lepaskan begitu sahaja.
Gazetta Dello Sports melaporkan, Ronaldo membuat tuntutan itu selepas peguamnya melihat sendiri laporan kewangan Juventus pada tahun lalu, di mana kelab itu dianggap sudah ada kemampuan untuk membayar semula gajinya.
Atas nasihat peguamnya, Ronaldo kemudian menuntut wang tersebut daripada kelab.
Ronaldo telah membantu Juve mengurangkan impak kewangan
Laporan Football Italia beberapa tahun lalu menyebut, Juventus terpaksa menjual Ronaldo ke Manchester United kerana masalah kewangan yang mereka hadapi. Namun tidak banyak cerita tentangnya, kerana media tidak dapat membayangkan bahawa Juventus berhutang sebegitu banyak dengan seorang pemain.
Namun usaha Ronaldo cuba membangkitkan isu gajinya telah diganggu oleh krisis dalam pengurusa tetringgi Juventus. Di mana kesemua lembaga pengarah mereka meletak jawatan termasuk Agnelli dan Nedved.
🚨 BREAKING 🚨
The entire Juventus board has resigned. 🇮🇹 pic.twitter.com/xBzMz5YqXW
— Football Daily (@footballdaily) November 28, 2022
Punca utama perletakan jawatan itu adalah tekanan yang dihadapi Agnelli dan Nedved berkaitan dengan laporan penyata kewangan palsu termasuk laporan tidak tepat berkaitan pembayaran gaji ketika pandemik.
Agnelli sebelum ini pernah menyatakan dia menyokong idea Liga Super Eropah kerana akan memberikan pulangan yang banyak kepada kelab.
Langkah itu gagal selepas pasukan dari EPL dan Serie A yang lain selain Juve menarik diri.
Ronaldo mahu saman Juve
Minggu ini, Ronaldo membangkitkan semula isu mahu menuntut wang €19 juta daripada Juve. Ronaldo yang kini berada di Arab Saudi sudah berhubung dengan pegawai pendakwaraya di Turin tentang tuntutannya.
Selain daripada menuntut gajinya, Ronaldo turut memutuskan mahu menyaman Juventus.
🚨 Cristiano Ronaldo is now set to sue Juventus for not paying him an amount of €19.9M as they had tried to save finances during the COVID era.
Ronaldo has already spoken to the Turin Prosecutor’s Office about the situation and he took the decision to take action after that.… pic.twitter.com/Z7jxtly2uN
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) September 16, 2023