Ronaldo Tangguhkan Persaraan Antarabangsa Dan Mahu Bermain Di Piala Dunia 2026

Pernahkan anda membayangkan Portugal tanpa kelibat Cristiano Ronaldo? Ianya setelah pemain itu bermain untuk negaranya sejak dari usia muda sehinggalah ke lewat 30-an.

Ronaldo dianggap sebagai salah seorang pemain terbaik sepanjang zaman dengan rekod 5 Ballon d’Or di kabinetnya. Dia sudah memenangi banyak piala bersama kelab dan negara.

Cristiano Ronaldo menyatakan hasratnya untuk beraksi dalam Piala Dunia 2026. Sebelum ini Ronaldo sudah mengesahkan bahawa Euro 2024 adalah kejohanan eropah terakhirnya.

Ketika itu dia berkata:”Ini sudah tentu sekali menjadi Euro terakhir saya dalam karier, pasti.”

Ronaldo terlibat dalam 6 edisi Euro – satu satunya pemain yang beraksi dalam enam edisi. Seorang lagi rakannya, Pepe juga sudah pasti tidak akan beraksi dalam Euro lagi.

Terdapat persoalan sama ada selepas Euro, CR7 akan meninggalkan karier antarabangsanya bersama Portugal? Berita baik buat peminat Abang Do dan Portugal, pemain itu sudah menyatakan bahawa dia mahu terus bermain sehingga Piala Dunia 2026.

“Saya rasa saya boleh bermain untuk Portugal pada Piala Dunia 2026,” kata legenda itu.

Ronaldo menolak untuk bersara di peringkat antarabangsa selepas Euro 2024. Kerana dia yakin dia masih lagi mampu menyumbang kudrat dan kepakarannya kepada pasukan.

Piala Dunia 2026 mungkin akan menjadi Piala Dunia terakhir buat Ronaldo dan peluang terakhir untuk Ronaldo memenanginya.

Ronaldo kini sudah fokus untuk mempersiapkan diri bagi pusingan kelayakan Piala Dunia dan juga yakin akan dapat bermain di Piala Dunia 2026 itu nanti.

Ronaldo tidak beraksi baik dalam Euro 2024 kali ini. Tetapi dia mahu menebus kegagalannya pada Piala Dunia 2026 yang akan datang.

Sebelum ini pada edisi 2022 di Qatar, Ronaldo menangis meninggalkan padang ketika Portugal disingkirkan, ramai yang menganggap tangisan itu kerana Ronaldo tahu itu Piala Dunia terakhirnya.

Tidak! Pemain tersebut masih mahu kekal bermain.