Bekas bintang Real Madrid, Ronaldo Nazario dilaporkan menawarkan para pemainnya Real Valladolid bonus wang tunai €150,000 ataupun RM757k seorang jika mereka berjaya menang ke atas Atletico dalam aksi terakhir La Liga sebentar nanti.
Jumlah itu sangat besar untuk pemain Valladolid yang gaji mereka tidaklah sebesar gaji pemain kelab besar yang lain.
Real Madrid boleh berharap bantuan Ronaldo
Jika Real Valladolid menang ke atas Atletico, ianya akan membuka peluang kepada bekas kelab Ronaldo iaitu Real Madrid untuk menjuarai liga sekali lagi jika pasukan Zidane itu berjaya memenangi perlawanan dengan Vilarreal.
Ronaldo bermain dengan Real Madrid dari tahun 2002 ke 2007. Jadi beliau pastinya akan menjadi wira Real Madrid sekali lagi jika berjaya membantu kelabnya menjadi juara pada hari terakhir La Liga.
Em jogo que vale o título da La Liga, Ronaldo prometeu €150,000 para cada jogador do Valladolid se a equipe vencer o Atleti na última rodada da La Liga. O clube ainda tem chances de sair da zona de rebaixamento. Para isso, precisa vencer e torcer por tropeços de Elche e Huesca. https://t.co/kryKHSukwW
— Vitor Nicchio (@VitorNC8) May 22, 2021
Misi utama untuk kekal
Tetapi Ronaldo menafikan bahawa itu adalah misi utama mereka. Sebaliknya misi utama mereka adalah untuk menang dan mengelakkan penyingkiran pada hari terakhir.
Valladolid kini berada di kedudukan ke-19. Dibezakan 2 mata daripada zon selamat.
Bonus kali ini memang luar biasa berbanding musim lalu. Di mana beliau pernah menawarkan seunit telefon pintar kepada setiap pemain jika pada akhir musim mereka berjaya kekal di La Liga.
Dalam aksi ke-37 sebelum ini, Luis Suarez menjaringkan gol kemenangan lewat untuk Atletico Madrid pada minit ke-88 untuk melengkapkan comeback ke atas Osasuna.
Osasuna di hadapan pada minit ke-75 menerusi Ante Budimir. Ketika itu, Real Madrid sedang mendahului lawan mereka dan berada di atas carta secara langsungnya.
Tetapi Atletico bangkit dengan dua gol lewat perlawanan. Renan Lodi menyamakan kedudukan pada minit ke-83.
Namun euforia keraian Atletico adalah ketika Lui Suarez berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-88. Sekaligus meletakkan Atletico kembali ke puncak liga menjelang perlawanan terakhir La Liga selepas ini.
#LaLiga | ¡Gooooool de Lucho!
A pocos minutos del final apareció el uruguayo Luis Suárez para poner el 2-1 entre Atlético de Madrid y Osasuna
— En el VAR (@EnElVar) May 16, 2021
https://twitter.com/i/status/1393997250452467716
Nasib berbeza ditanggung Barcelona. Kelab yang sinonim dengan Luis Suarez yang terpaksa menerima hakikat bahawa cabaran kejuaraan mereka sudah berakhir.
Kini persaingan kejuaraan adalah antara 2 kelab Madrid. Sama ada Real Madrid ataupun Atletico Madrid. Yang pasti trofi kejuaraan musim ini akan terus kekal di Madrid.