Ronaldo Tembak Media Yang Menipu, Petanda Dia Akan Terus Kekal Bersama United

Cristiano Ronaldo telah menafikan dakwaan bahawa dia berkeras mahu meninggalkan Manchester United dengan catatan di Instagramnya yang agak panas.

Pemain antarabangsa Portugal itu menggegarkan Red Devils pada awal musim panas apabila dia dilaporkan mahu menyertai kelab yang bersaing dalam Liga Juara-Juara Eropah musim akan datang.

Dia kemudiannya tidak menyertai jelajah pra musim ke Thailand dan Australia bersama rakan sepasukannya atas sebab peribadi.

Ronaldo kembali ke pusat latihan United di Carrington pada hari Selasa bersama ejennya Jorge Mendes untuk berbincang dengan Erik ten Hag. Sir Alex Ferguson turut berada di pusat latihan itu, walaupun tidak jelas sama ada pengurus asa Scotland itu bercakap dengan pemain berusia 37 tahun itu.

Ini kerana Sir Alex datang untuk mesyuarat lembaga pengarah kelab. Di mana dua perbincangan tersebut adalah diadakan pada sesi berbeza.

United jelas sekali masih mahu mengekalkan khidmat Ronaldo untuk akan datang malah mahu melanjutkan kontraknya untuk musim berikutnya. Erik Ten Hag beberapa kali menyatakan bahawa mereka menolak untuk menjualnya kepada kelab lain.

Ronaldo dilaporkan terus berkeras mahu mendapatkan perpindahan ke tempat lain. Namun dia kemudian menyatakan bahawa dia tidak begitu terdesak untuk meninggalkan United seperti yang telah dilaporkan media.

Ada satu catatan peminat membincangkan saga Ronaldo di Instagram mendorong respons daripada pemain antarabangsa Portugal itu – dan itu adalah kali pertama dia memberikan komen tentang khabar angin yang menyelubunginya secara terbuka.

Catatan itu berbunyi: “Jorge Mendes memberitahu Manchester United bahawa Cristiano Ronaldo bertegas untuk pergi, tetapi Mendes meninggalkan rundingan itu dengan hasil yang agak kurang positif bahawa Ronaldo akan mendapatkan perpindahannya. Sir Alex Ferguson telah campur tangan. United menegaskan Ronaldo bukan untuk dijual.”

Ronaldo menjawab: “Memang tak boleh la kan untuk tidak bercakap tentang saya walaupun satu hari. Jika tidak, akhbar tidak akan menghasilkan wang. Anda tahu bahawa jika anda tidak berbohong anda tidak boleh menarik perhatian orang. Teruskan, [hakikatnya] bahawa suatu hari anda mendapat berita yang betul.”

United masih belum menerima tawaran untuk Ronaldo, dengan Bayern Munich dan Atletico Madrid terkeluar daripada pencalonan.

Dengan perkembangan terbaru ini bermakna peminat Man United boleh mengharapkan bahawa legenda no.7 itu akan terus kekal bersama mereka sekurang kurangnya sehingga kontraknya tamat pada akhir musim akan datang.

Baca yang lain