Bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo sangat marah dan membidas kenyataan daripada salah seorang editor France Football iaitu Pascal Ferre
France Football merupakan penganjur Ballon d’Or dan Pascal Ferre merupakan salah seorang wartawan yang terlibat dalam penganjurannya.
Ferre sebelum ini menyatakan bahawa Ronaldo sendiri memberitahunya bahawa cita cita utama Ronaldo adalah mengatasi Ballon d’Or yang dimiliki Messi. Ferre menambah bahawa Ronaldo hanya akan bersara selepas mengatasi jumlah Ballon d’Or Messi.
Lionel Messi dinobatkan sebagai pemenang Ballon d’Or 2021. Ini bermakna penyerang PSG dan Argentina itu kini telah mengumpul tujuh daripada anugerah pemain individu paling bberpresti itu.
Tiada pemain lain lebih banyak memenanginya daripada Messi di dalam sejarah. Dengan yang paling hampir adalah Cristiano Ronaldo yang masih dengan 5 Ballon d’Or.
Lionel Messi is the second-oldest player (34 years, 158 days) to win the #BallonDor
Like fine wine 🍷 pic.twitter.com/6hmZbdNY5T
— ESPN FC (@ESPNFC) November 29, 2021
Malam Gala Ballon d’Or 2021 berlangsung di Theatre du Chatelet, Paris, Perancis. Di mana ada terdapat enam kategori yang dipertandingkan dalam anugerah yang dianjurkan oleh majalah France Football.
Messi menewaskan dua lagi pemain untuk memenangi gelaran Ballon d’Or 2021 iaitu Robert Lewandowski di tempat kedua, dan Jorginho di tempat ketiga.
Ferre kemudian menggambarkan Ronaldo sebagai sakit hati sampai tak nak datang majlis gala tersebut. Ronaldo melabel Ferre sebagai penipu dan berbohong.
Ferre bercakap kepada New York Times: “Ronaldo cuma ada satu cita cita iaitu bersara dengan Ballon d’Or lebih banyak daripada Messi.”
“Saya tahu perkara itu kerana Ronaldo sendiri yang memberitahu saya.”
Ketika ini Ronaldo ada 5 Ballon d’Or. Dan ketika kenyataan Ferre itu dikeluarkan, Messi masih ada enam Ballon d’Or. Sehinggalah Messi menambah satu lagi Ballon d’Or untuk menjadikannya 7 Ballon d’Or miliknya.
Selain itu Ferre turut menyatakan bahawa Ronaldo tak akan menghadiri malam gala Ballon d’Or kerana dia tahu dia tak akan menang tahun ini. Serta Messi berpotensi untuk memenanginya sekali lagi.
Dan Ronaldo benar benar tidak hadir dalam majlis tersebut.
Ronaldo kemudian tampil memberikan penjelasan beliau berkaitan perkara tersebut.
Ronaldo menjelaskan bahawa Pascal Ferre memang sengaja mencipta naratif perkara itu. Kerana dia tahu Ronaldo memang tak akan datang ke majlis itu. Namun Ronaldo ada alasan beliau tersendiri.
“Hasil pada hari ini menjelaskan tentang kenapa Pascal Ferre membuat kenyataan itu minggu lalu, kononnya saya meyakinkan dia bahawa satu satunya cita cita saya adalah untuk menamatkan karier saya dengan lebih banyak Ballon d’Or daripada Lionel Messi.”
“Pascal Ferre menipu!”
“Dia menggunakan nama saya untuk mempromosi dirinya dan syarikat penerbitan tempat dia bekerja.”
Ronaldo kemudian mengecam penganjur Ballon d’Or kerana pegawainya yang menipu dan menabur fitnah.
“Ini adalah tindakan yang tidak boleh dimaafkan apabila orang yang bertanggungjawab untuk penganugerahan anugerah yang sangat berprestij, telah menabur fitnah ke atas seseorang yang sentiasa menghormati France Football dan anugerah Ballon d’Or.”
Pascal Ferré to @nytimes: “Ronaldo has only one ambition, and that is to retire with more Ballons d’Or than Messi. I know that because he has told me.”
I guess he will never retire 😬 pic.twitter.com/8gDViC7G5b
— R (@Lionel30i) November 26, 2021
“Dan hari ini dia menipu lagi. Membuat spekulasi bahawa ketidakhadiran saya hari ini. Saya tak hadir ke malam gala kerana ianya memerlukan saya dikuarantin.”
“Saya sentiasa mahu mengucapkan tahniah kepada sesiapa sahaja yang memenanginya atas dasar semangat kesukanan dan fair play yang diajar kepada saya sejak awal karier saya. Dan saya akan terus melakukannya kerana saya tak pernah bermusuh dengan sesiapa.”
“Saya sentiasa mahu menang untuk diri sendiri dan kelab yang saya wakili. Saya ingin menang untuk mereka yang menyayangi saya. Dan saya bukan mahu menang untuk menentang [trofi ballon d’or] orang lain.”
Ronaldo responds to Pascal Ferre's claim that his only ambition is to retire with more Ballon d'Or's than Messi. pic.twitter.com/K8spyBy2Cu
— ESPN FC (@ESPNFC) November 29, 2021
“Cita cita terbesar dalam karier saya adalah untuk memenangi sesuatu untuk negara dan piala antarabangsa untuk kelab yang saya wakili serta pasukan negara saya.”
“Cita cita dalam karier saya adalah untuk menjadi tauladan kepada para pemain atau yang mahu menjadi pemain bola sepak profesional.”
“Cita cita terbesar saya dalam karier adalah untuk mengukir nama saya dengan warna emas dalam sejarah bola sepak dunia.”
“Saya akan mengakhiri kenyataan ini dengan menyatakan bahawa fokus saya sudah pada perlawanan Manchester United yang seterusnya dan kesemua perkara yang itu, bersatu dengan rakan sepasukan, penyokong kami dan kami masih boleh mencapai sesuatu musim ini.”
“Selebihnya? Selebihnya biarkanlah ia terus menjadi selebihya.”