Superstar arena bola sepak Cristiano Ronaldo, mendedahkan bahawa, beliau seakan – akan tak percaya, masih meraikan harijadi yang ke-35 beliau sebagai pemain bola sepak.
Malah sebelum ini, pemenang Ballon d’Or lima kali itu menyatakan pernah memikirkan bahawa pada usia 35 tahun beliau akan menjadi seorang nelayan di kampung halamannya.
Di mana, beliau membayangkan, pada usia 35 tahun karier bola sepaknya sudah berakhir.
Ronaldo masih lagi pemain yang berada di tingkat tinggi dalam permainan bola sepak. Sudah menjaringkan 50 gol dalam dua musim untuk kelab yang beliau baru sertai Juventus, dua musim yang lalu.
Cristiano Ronaldo dalam ucapan harijadinya menyatakan bahawa ini semua adalah mimpi yang tidak tefikirkan.
Ronaldo berkata: “Pada usia 35 tahun? Saya ingatkan saya akan menjadi seorang nelayan di Madeira [kampung halaman Ronaldo].”
Cristiano Ronaldo thought he would be a fisherman in Madeira by the age of 35 #Ronaldo #Juventus #SerieA https://t.co/L4VjGn5rmS
— Republic (@republic) February 6, 2020
“Benda ini tak pernah terlintas di dalam fikiran saya. Saya sentiasa mahu menjadi pemain profesional. Namun saya tak sangka saya sudah memenangi segalanya di dalam karier.”
Ronaldo kini dalam rangka persiapan untuk berhadapan dengan Lyon dalam aksi UCL – peringkat 16 terakhir. Dan pada masa yang sama, Ronaldo dan Juventus sudah berjaya berada di tangga teratas Serie A, memintas Inter – beberapa minggu yang lalu.
Juventus sangat inginkan UCL. Dan perkara itu sudah dinyatakan oleh pihak kelab sejak musim lalu. Salah satu sebab kenapa Ronaldo dibawa masuk dengan harga yang sangat mahal – adalah kerana mahu melengkapkan projek Juventus era sekarang dengan kejuaraan UCL.
Namun beliau akui UCL merupakan kejuaraan yang sangat sukar kerana ianya banyak faktor yang boleh menjadi penentu.
Jika berjaya melakukannya pada akhir musim ini, ianya bakal menjadi kejuaraan UCL keenam peribadinya di dalam karier.
Kapten antarabangsa Portugal itu berkata: “Bermain dengan Juventus memberikan kamu peluang untuk memenangi sesuatu sekali lagi.”
🗣 Cristiano Ronaldo:
"At 35? I thought I was going to be a fisherman in Madeira. This never came into my mind. I wanted to be a professional footballer, but I didn't think I was going to win everything I've won."
— Goal (@goal) February 6, 2020
“Kita semua tahu betapa sukarnya nak menang UCL, ia bergantung kepada banyak faktor. Namun ianya bukan mustahil kerana kita ada pasukan yang sangat baik.”
“Kita harus sentiasa terus mengambil langkah ke hadapan.”
Pada usia 35 tahun Ronaldo ternyata sekali pemain yang memiliki kecergasan yang luar biasa. Pemain yang masih menjadi pemain utama di Juventus dan juga Portugal.
Selain daripada misi untuk kelab. Ronaldo juga ada misi penting dalam membantu Portugal mempertahankan trofi kejuaraan benua iaitu Euro.
Salah satu cara beliau kekal berada di tahap tertinggi adalah sikapnya yang hantu latihan dan hantu gym.
Ronaldo juga sangat menjaga pemakanan beliau. Patrice Evra pernah berkongsi cerita keadaan dapur Ronaldo.
Di dalam peti ais pemain itu penuh dengan sayur dan salad serta buah-buahan.
Beliau tidak makan makanan yang tidak sihat walaupun sedikit. Itulah Ronaldo.