Ronaldo ‘Tergelak’ Setelah Tidak Disenarai Dalam 10 Terbaik Untuk 2023

Cristiano Ronaldo ternyata agak sinis melihat laporan daripada media negaranya sendiri A Bola. Di mana laman tersebut menyenaraikan 10 pemain terbaik untuk 2023.

Senarai tersebut adalah berdasarkan kajian oleh The International Federation of Football History and Statistics (IFFHS). Di mana Ronaldo gagal tersenarai dalam 10 teratas.

Sebaliknya pemain rakan senegaranya, Bernardo Silva berada di kedudukan kelapan dalam senarai tersebut.

Ronaldo memberikan reaksi dengan emoji gelak dan monyet tutup mata di bawah post tersebut.

Musim ini Ronaldo bermain untuk Al Nassr di Liga Pro Saudi. Dan mungkin sebab itu IFFHS tidak begitu peduli dengan pencapaiannya di negara tersebut. Hal ini kerana Liga Pro Saudi bukan dalam senarai liga utama di dunia.

Seorang lagi pemain yang dianggap seteru utama Ronaldo, Lionel Messi masih dianggap sebagai 3 teratas pemain terbaik dunia 2023.

Menurut IFFHS ini adalah 10 pemain terbaik dunia pada 2023:

1. Erling Haaland

2. Kylian Mbappe

3. Lionel Messi

4. Rodri

5. Jude Bellingham

6. Kevin De Bruyne

7. Harry Kane

8. Bernardo Silva

9. Vinicius Jr

10. Lautaro Martinez

Namun prestasi Ronaldo sepanjang musim ini sangat luar biasa. Di mana dia sedang mendahului senarai penjaring terbanyak untuk tahun 2023 dengan 53 gol.

Ronaldo kini berada di atas Harry Kane, Kylian Mbappe dan juga Erling Braut Haaland di dalam senarai carta penjaring tersebut.

Di peringkat antarabangsa dia juga masih menunjukkan kualtinya bersama Portugal. Mungkin sebab itulah dia kurang gembira dengan laporan tersebut dengan memberikan respon sinisnya.