Cristiano Ronaldo berang dengan kakitangan pasukan lawan, selepas mereka cuba merakam swafoto dengan bintang Al Nassr itu, yang sekali lagi gagal menjaringkan gol.
Selepas karier yang sarat dengan gol, termasuk mencipta banyak rekod ketika di Real Madrid, tugasan mencetak gol di Arab Saudi dianggap mudah buat pemain berusia 37 tahun itu.
Ianya bermula dengan agak lancar selepas permulaan tanpa gol. Dan kini dia bergelut untuk mendapatkan gol sekali lagi.
Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, keadaan tidak berjalan lancar sama sekali untuk pemenang Ballon d’Or lima kali.
Pemain berusia 38 tahun itu hanya menjaringkan satu gol dalam tiga perlawanan sebelum ini, dan itu bermakna dia mempunyai lebih banyak pertengkaran dengan lawan berbanding gol dalam beberapa perlawanan terakhirnya.
Jadi perlawanan pasukannya pada hari Isnin, menentang pasukan terancam penyingkiran, Al Khaleej, adalah salah satu perlawanan yang boleh digunakan oleh bekas bintang Manchester United itu mencari semula sentuhan golnya.
Bagaimanapun, bukan itu yang berlaku, dengan pelawat pula yang malah mendahului selepas empat minit, menerusi Fabio Martins, sebelum pasukan Al Nassr menyamakan kedudukan daripada Alvaro Gonzalez selepas 17 minit.
Pada tamat perlawanan, dengan hanya satu mata yang diperolehi, dan tiada gol untuk Ronaldo, seorang kakitangan Al Khaleej cuba mengambil gambar dengan bintang Portugal itu, tetapi dia ditolak oleh penyerang yang sangat tidak berpuas hati dengan tindakan pegawai itu.
Ronaldo dilihat tiada masalah bertukar jersi dengan pemain lawan dan bersalaman dengan mereka. Namun untuk mengambil selfie, dengan pegawai pasukan lawan di tengah padang, Ronaldo enggan sama sekali.
Mana tidaknya, Ronaldo sedang dalam kesedihan kerana gagal menang dalam perlawanan tersebut yang menyaksikan pasukannya mempersiakan peluang untuk terus merapatkan jurang mata dengan Al Ittihad yang kini 5 mata di atas mereka.
Ronaldo benar benar marah dan menolak pegawai itu.
Cristiano Ronaldo after the game.
— CristianoXtra (@CristianoXtra_) May 8, 2023
Peminat berbagi pendapat tentangnya. Ada yang menuduh Ronaldo cepat koyak. Ada yang memahami situasi Ronaldo, sebagi tanda dia seorang pemain yang profesional dan tidak ambil mudah dengan keputusan perlawanan tersebut.
Mereka juga menasihati pegawai itu untuk berselfie dengan Ronaldo di dalam terowong atau di tempat lain. Bukannya ketika pemain sedang masih berada di atas padang.