Khabar duka daripada Cristiano Ronaldo. Ini selepas bintang utama Manchester United itu mengesahkan bahawa bayi lelakinya yang baru lahir telah meninggal dunia.
Cristiano Ronaldo kemudiannya telah memuat naik kenyataan rasmi pihaknya menerusi instagram. Dan kenyataan tersebut turut ditandatangani teman hidupnya. Ianya tragedi menyayat hati menimpa Ronaldo dan pasangannya Georgina Rodriguez yang selamat melahirkan anak perempuan mereka. Bayi tersebut adalah kembar tak seiras kepada bayi lelaki yang meninggal dunia tersebut.
Pada Oktober tahu lalu, Ronaldo mengumumkan kepada para pengikutnya di Instagram bahawa dia dan pasangannya bakal menanti kelahiran cahaya mata kembar.
Dalam satu video yang dimuat naik Ronaldo selepas itu dia mengesahkan bahawa bayi mereka seterusnya adalah kembar tak seiras, lelaki dan perempuan.
Ronaldo sama sekali tidak menyangka akan kehilangan salah seorang daripada bayi tersebut.
Ronaldo menulis: “Dengan kesedihan yang amat dalam, kami berat hati mengumumkan bahawa bayi lelaki kami telah meninggal dunia.”
“Tiada lagi penderitaan yang lebih berat daripada ini ditanggung oleh insan bergelar ibu bapa.”
“Hanya kelahiran anak perempuan kami yang memberikan kami kekuatan untuk terus hidup buat masa ini dengan harapan dan kegembiraan. Kami mahu merakamkan ucapan terima kasih kepada doktor dan jururawat dan semua yang menjaga dan memberikan sokongan.”
“Kami semua sangat terkejut dengan kehilangan ini. Dan kami meminta privasi ketika masa masa yang sukar ini. Bayi lelaki kami, kamu adalah malaikat kami. Kami akan sentiasa menyayangi kamu.”
Gary Lineker antara legenda bola sepak yang terawal memberikan ucapan takziah kepada pasangan CR7 – Georgina.
Lineker berkata: “Berita yang sangat sedih. Takziah kepada kamu dan keluarga kamu.”
Seterusnya ramai lagi pemain pemain bola sepak lain termasuk rakan sepasukan Ronaldo memberikan kata kata sokongan kepada Ronaldo. Begitu juga dengan para peminat bola sepak yang sama sama memberikan kata kata sokongan kepada Ronaldo dan keluarganya.
Our thoughts and prayers are with Cristiano Ronaldo and his family during this difficult time. pic.twitter.com/EsJvu36T1S
— Barça Universal (@BarcaUniversal) April 18, 2022
Ronaldo merupakan ayah kepada Cristiano Jr – yang dilahirkan menerusi kaedah ibu tumpangan. Ronaldo kemudian hidup berpasangan bersama Georgina Rodriguez. Mereka menyambut cahaya mata kembar, Eva dan Mateo pada 2017.
Cristiano Jr kini bermain untuk akademi Manchester United. Dan baru baru ini dia meraikan gol dengan gaya ayahnya, SIUUUU!
Apapun, salam takziah kepada Cristiano Ronaldo dan keluarganya. Semoga terus tabah.