Ronnie Sullivan: Hamilton Tak Layak Dapat Knighthood, Kerana Kereta Dia Yang Power

Legenda snooker, Ronnie O’Sullivan mengecam petisyen yang dilancarkan oleh warga Britain dan disokong beberapa tokoh kenamaan – agar Lewis Hamilton diberikan pingat kebesaran kesatria / knighthood oleh ratu Inggeris.

Ini kerana menurut Sullivan, Lewis Hamilton bukannya salah seorang atlet terhebat sepanjang zaman dalam sejarah Britain. Walaupun Hamilton baru sahaja menyamai pencapai Michael Schumhacher dengan 7 kejuaraan dunia, namun Sullivan menegaskan pelumba itu beraksi dalam sukan yang tidak ada persaingan.

Sullivan yang memiliki 6 kejuaraan dunia dan 20 Triple Crown Series tidak percaya ada pihak yang cuba menjulang nama Lewis Hamilton setinggi itu.

Hamilton sebelum ini sudah menerima darjah MBE pada 2008, selepas kejuaraan F1 pertamanya. Dan Sullivan mempersoalkan adakah Hamilton boleh dikira antara atlet terhebat, sebarus dengan nama seperti Andy Murray, Sir Mo Farah ataupun Chris Froome.

The Rocket (gelaran Sullivan) menegaskan, kejayaan Hamilton bergantung kepada kereta Mercedes yang dipandunya yang jauh lebih hebat daripada kerata lain. Dan tidak ada kena mengena dengan kehebatan Hamilton.

O’Sullivan berkata: “Sukar untuk kita mengiktiraf dia sebagai salah seorang ikon sukan di negara kita.”

“Banyak sukan yang saya tonton, dan ramai atlet mengecapi kejayaan, dan kamu harus melihat tahap ‘padang’ tempat yang dia bermain.”

Seterusnya Sullivan menggambarkan F1 era Hamilton adalah perlumbaan syok sendiri antara pelumba Mercedes.

“Jika kamu ada kereta yang jauh lebih hebat sehingga 2 pusingan lebih laju daripada pelumba lain. Secara teorinya dia hanya bersaing untuk menewaskan rakan sepasukannya[Valtteri] Bottas – itupun, Bottas nampak ok je menjadi pelumba kedua.”

“Kejayaan dia tidak akan pernah sama seperti pemain tenis seperti Federer yang beraksi di padang yang sama rata dengan yang lain, atau [Eliud] Kipchoge yang berlari di padang yang sama dengan pelumba lain.”

“Snooker pun sama [bermain di meja yang sama], dalam tinju ada beberapa petinju yang mengelak lawan yang kuat, maka sangat sukar untuk mereka mendapat kredibiliti kecuali mereka menewaskan yang terbaik.”

“Saya cuma membicarakan sukan sukan yang tidak ada kelebihan [berat sebelah].”

“Di mana kamu tidak boleh memilih lawan ataupun memiliki peralatan sukan yang lebih baik. Jadi bagi saya, contoh yang terbaik untuk dilihat adalah seperti [Roger] Federer, [Rafael] Nadal, [Novak] Djokovic, Phil Taylor in darts, Tiger Woods, [Lionel] Messi, [Cristiano] Ronaldo.. mereka ni semua ada untuk disaksikan.”

“Saya tak akan merasa senang dalam karier saya di dalam snooker jika saya bermain di meja yang poketnya lebih besar daripada lawan saya.”

“Sekurang kurangnya dalam sukan snooker, semua orang pakai kelengkapan yang sama dan ianya sama sekali satu ‘padang’ yang rata. Saya tak pernah memilih siapa lawan saya di atas meja snooker.”

“Ianya pencapaian luar biasa, Lewis memenangi kejuaraan dunia ketuju, namun jika kamu memiliki kereta yang jauh lebih laju, kamu boleh melakukan beberapa kesilapan dan bangkit segera.”

“Hamilton dengan kereta Mercedesnya ibarat memandu suka suka sambil memegang rokok di tangannya, dan tangan sebelah lagi di stereng.”

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.