Rooney: ‘Bellingham Akan Jatuh Juga Lepas Ni, Tengoklah Nanti Apa Yang Kita Akan Buat?’

Wayne Rooney membuat komen tentang prestasi Jude Bellingham di Real Madrid. Dan komen itu mungkin kurang menyenangkan ramai pihak.

Kerana Rooney meminta peminat pemain itu bersedia melalui zaman kejatuhan. Dan bekas kapten Man United mahu tahu bagaimana sokongan orang England ke atasnya.

Kerana pada masa ini peminat dan media England dilihat terlalu berlebihan menyanjung pemain itu dan ianya sebenarnya tidak begitu membantu pemain yang sedang membangun.

Sebelum ini sudah dilihat bagaimana layanan peminat England ke atas bakat seperti Marcus Rashford dan Raheem Sterling. Ketika pemain pemain ini di kemuncak prestasi, media Inggeris menyanjung mereka seperti tiada esok.

Dan ketika pemain bergelut dengan prestasi, Rashford dan Sterling menjadi subjek kecaman media dan penyokong sendiri.

Rooney benar benar kagum dengan prestasi Jude Bellingham yang dianggap boleh menjadi kapten England itu pada suatu hari nanti – sejak dia menyertai Real Madrid.

Pemain berusia 20 tahun itu sangat prolifik dia Real Madrid dan membawa prestasi cemerlang itu ke dalam pasukan kebangsaan.

Rooney berkata: “Dia berada dalam prestasi yang begitu baik dan apa yang penting ialah apabila prestasinya merosot — dan ia akan berdepan dengan kejatuhan prestasi. Pada masa itu, kita [peminat England] tidak boleh membunuhnya dan kita harus kekal berada di belakangnya dan kekal bersamanya,” kata Rooney.

“Ia berlaku kepada semua pemain dan ia akan berlaku kepada Jude. Kita telah melihatnya dengan Marcus [Rashford] dan Raheem [Sterling] juga sebelum, ini.”

“Ianya sangat sukar untuk mana mana pemain apabila mereka berdepan dengan masalah krisis prestasi atau masalah di luar padang. Sangat sukar nak mendiamkan mulut mereka yang bising. Juga, tekanannya sangat tinggi untuk mewakili England. Jadi, ketika dia menderita kerana kejatuhan, ayuh kita terus sokong dia dan pemain pemain lain.”

“Seperti Marcus Rashford dan Harry Maguire. Mereka bermain sangat hebat untuk England. Mereka telah melalui detik detik sukar dengan Man United. Sebagai satu negara, kita sangat cepat mengkritik pemain dan tidak mahu memberikan mereka peluang untuk keluar daripada kemelut krisis prestasi.”

Bekas penyerang Manchester United itu berkata Bellingham mempunyai segala kemampuan untuk menjadi pemain sepanjang zaman dan juga boleh memakai lilitan kapten pada masa hadapan.

“Jude mempunyai potensi untuk menjadi salah seorang yang terbaik, jika bukan yang terbaik, jika dia meneruskan cara yang dia lalui sekarang, jadi saya fikir kita perlu menyokongnya kerana pada mata saya dia adalah bakal kapten England. Kita perlu melindunginya dan benar-benar melihatnya sebagai masa depan England.”

Rooney memberikan komen tentang perangai penyokong England ke atas Bellingham bukanlah perkara yang mengejutkan kerana dia sendiri pernah berada di tempat yang sama ketika berusia 16 tahun sebelum bersara pada usia 31 tahun dari bola sepak antarabangsa.

Pemain United adalah kes klasik bakat yang memuncak pada awal karier sebelum beban jangkaan ke atasnya menjadi terlalu berat untuk dibawa.

Bellingham telah menjaringkan 10 gol untuk Real dalam semua kejohanan setakat ini dan memainkan peranan penting dalam England mendapatkan tempat di pentas Euro 2024. Semasa perlawanan menentang Itali awal minggu ini, Bellingham membantu ‘Three Lions’ melengkapkan kebangkitan dengan memenangi penalti pertama sambil membantu Marcus Rashford untuk gol kedua.

Selain kehebatan bola sepaknya, Bellingham dipuji oleh pakar bola sepak kerana mempunyai fikiran yang tenang0, terutama pada usia 20 tahun dia dilihat sudah matang. Begitulah pengaruh Bellingham yang menyebabkan pasukan Kejuaraan Birmingham City merehatkan jersi nombor 22 yang dipakainya ketika dia berusia 17 tahun. manakala Borussia Dortmund membenarkannya menjadi ketua pasukan dalam Liga Juara-Juara Eropah sebelum ini.