Rooney Bidas Pemain United Yang Pura Pura Cedera Elak Lawan Arsenal

Wayne Rooney membidas beberapa pemain Manchester United yang menurutnya mahu mengelak kecederaan sebelum final Piala FA dan Euro.

Menurut Rooney, dia sudah lama perati je perangai pemain pemain Manchester United sejak akhir akhir ini. Di mana mereka lebih memikirkan tentang diri sendiri berbanding kelab.

Ianya memberikan kesukaran untuk pengurus membuat pemilihan pemain pada hari perlawanan.

Man United bergelut dengan isu kecergasan dan kecederaan pemain ketika menentang Arsenal.

Rooney yakin bahawa ada beberapa pemain yang cedera itu sebenarnya sudah cergas dan boleh bermain 100%. Namun mereka mahu mengelak tugasan lain sebelum final Piala FA  dan ada yang tidak mahu cedera sebelum euro 2024.

Rooney kecewa dengan sikap pemain pemain ini yang dilihat tidak kisah dengan reputasi kelab mereka berdepan dengan salah satu seteru utama dalam sejarah iaitu Arsenal.

Man United menelan kekalahan ke-14 mereka musim ini. Dan kalah kali kedua berturut turut di dalam aksi liga setelah dimalukan Crystal Palace minggu lalu.

Gol tunggal oleh Trossard tidak dapat dibalas oleh Man United. Membuatkan United kini berada di tangga kelapan. Dan ianya kedudukan terburuk mereka dalam sejarah EPL, jika United gagal untuk memperbaiki kedudukan dalam dua perlawanan terakhir.

Legenda Man United, Wayne Rooney berkata: “Ada beberapa pemain yang sangat bagus dalam skuad ini, namun prestasi mereka sangat di bawah prestasi sebenar.

“Kamu lihat pada senarai kecederaan dan ada sesetengah pemain itu sebenarnya boleh bermain, 100%.

“Lepas ni kamu ada Euro, dan ada final Piala FA yang akan datang. Lebih mudah untuk pemain pemain  ini cuba mengelak sedikit tugasan seperti ini dan kembali semula sebelum aksi EURO.

“Saya dah lama perhatikan benda ni bertahun tahun kebelakangan ini.

“Saya cuma fikir pemain pemain yang cedera ini tidak mengisi kredit mereka dengan minit yang sepatutnya.”

Man United masih berpeluang ke eropah musim hadapan menerusi tiket juara Piala FA. Namun lawan mereka adalah Manchester City pada final itu nant