Rooney: “CR7 Suka Diving, Ferdinand Angkuh, Saya Kesal Dengan Tevez”

Rooney memberikan perkongsian jujur beliau tentang beberapa rakan sepasukannya. Termasuk komen tentang Ronaldo pada 2006, di mana Rooney melabel Ronaldo sebagai kaki diving.

Dia terus berkata: “Ronaldo memang suka diving dan merimaskan. Saya tidak mempunyai sebarang masalah dengan Cristiano. Saya bercakap dengannya di dalam terowong. Saya berkata, “Saya tidak ada masalah dengan kamu membuat saya dibuang padang”, kerana saya menghabiskan separuh masa pertama cuba membuatkan kamu dilayangkan kad kerana diving.”

“Saya orang Inggeris, dia orang Portugis. Apabila kami bermain untuk negara kami, saya tidak peduli tentang dia. Dia bukan rakan sepasukan saya. Tapi apabila perlawanan dah tamat, kami menjadi rakan semula.”

“Walaupun sekarang dia tidak sebagus dulu namun dia tetap menjadi pemain yang merimaskan kamu,” kata Rooney.

Rooney agak kecewa masa tu kerana dia awalnya nak mengenakan Ronaldo supaya pemain itu dikenakan kad. Sekali Ronaldo tak kena kad, dia pula yang kad merah.

Ferdinand angkuh

Ferdinand, salah seorang daripada pasukan besar United yang turut dikongsikan oleh Rooney kisahnya. Menurut Rooney, Ferdinand seorang yang angkuh. Dan dia jenis cakap lepas.

“Rio adalah pemain terbaik, tetapi dia seorang yang memang angkuh,” kata Rooney.

“Dia berkata kepada saya: ‘Kamu dibayar banyak wang di Man United untuk menendang bola masuk ke dalam jaring, jadi lakukan sahaja tugas kamu’.”

“Saya berkata kepadanya: “Lakukan tugas kamu, dan berikan saya bola, berikan Ronaldo bola. Berhenti berdiri tercegat kat situ dan buat hal. Rio adalah pemain terbaik tetapi dia kadang-kadang terlupa dia adalah pemain pertahanan.”

Kesian Tevez

Tevez, seterusnya, bermain bersama Rooney dan Ronaldo antara 2007 dan 2009 – tempoh di mana United memenangi Liga Juara-Juara Eropah. Rooney menganggap detik bersama Tevez dalam kereta adalah detik yang paling dia kesalkan. Ini kerana dia tak pernah mengerti apa yang dicakapkan Tevez kepadanya.

“Selama dua tahun saya suka bermain dengannya,” kata Rooney.

“Saya pernah menjemputnya dari rumahnya untuk perlawanan Liga Juara-Juara Eropah dan memandunya ke lapangan terbang. Kami akan bermain perlawanan dan kembali semula ke rumah bersama sama.”

“Dan, secara jujur, saya bercakap dengannya selama 30 minit, dan saya tidak tahu sepatah haram pun apa yang keluar dari mulutnya.”

“Saya bukan seorang yang hebat dalam bercakap dan saya berfikir, “F***ing hell [babilah macam ni].”

“Dia [Tevez] hanya menggumam [mumbling] dan tak tahulah apa benda yang dia sampaikan”.

“Hati saya sebenarnya hancur, ia adalah kekecewaan terbesar dalam hidup saya.”

Rooney sangat suka bergandingan dengan Tevez kerana dia mengganggap kedua dua mereka memiliki semangat ibarat lembu gila di atas padang.

Sentiasa mengejar lawan mereka untuk memenangi bola. Pada masa yang sama, Tevez memberikan ruang kepada Rooney untuk bergerak bebas di atas padang kerana dia sentiasa cover posisi Rooney. Tugasan yang seringkali Rooney lakukan ke atas pemain penyerang lain. Cuma kali ini dia merasai sendiri rasanya apabila ada pemain menjadi side kick seperti itu.

Sir Alex kena carut

Rooney telah mendedahkan semua tentang kemarahannya pada beberapa kali pada masa lalu – dan sikap yang tidak dapat dihalang inilah yang mungkin menyebabkan dia memberitahu Sir Alex Ferguson untuk ‘mengamuk’ apabila bekas bos United itu cuba menandatangani dia dari Everton.

Rooney malah pernah mencarut ke arah Sir Alex Ferguson ketika ibunya menjawab panggilan pengurus legenda United itu. Agak rare sebab selalunya Sir Alex yang carutkan orang misalnya Sir Alex Ferguson pernah mencaruti Darren Fletcher ketika pemain itu meminta masa untuk mempertimbangkan tawaran United.

Tapi kali ini, remaja 14 tahun bernama Wayne Rooney menyuruhnya berambus.

Dia memberitahu: “Sir Alex Ferguson cuba menandatangani saya ketika saya berumur 14 tahun. Dia sedang menelefon ibu dan ayah saya.”

“Mereka berkata, “Alex ada di telefon, Manchester United mahu menandatangani kamu”. Saya berkata, “Suruh dia pergi berambus [f** off]. Saya mahu bermain untuk Everton”.

“Kemudian apabila masa berlalu, saya tahu, sudah tiba masanya untuk saya perlu bermain untuk Alex Ferguson. Sebab utama saya menyertai United ialah Alex Ferguson.”

Sir Bobby Charlton kena tahan dalam kapal terbang

Rooney juga tidak takut untuk mengeluarkan kata-kata kasar dan kesat kepada rakan sepasukannya, kerana dia menerangkan dalam cerita lucu tentang seluarnya dicuri.

Dia berkata: “Saya selalu meroyan. Saya sangat panas baran. Saya selalu bertengkar. Mereka tahu bagaimana untuk menekan butang saya dan saya akan meletup.”

“Ada sekali tu kan, kami telah pergi selama tiga minggu untuk aksi pramusim. Saya menaiki kapal terbang, menanggalkan sut saya, memakai baju tidur saya dan tidur rehat.”

“Kira-kira sejam sebelum mendarat, saya akan bertukar pakaian di mana saya akan memakai baju dan tali leher saya dan saya mulai memikirkan, “Di mana seluar saya?”

Rooney turut bercerita tentang detik lucu seluarnya disembunyikan oleh rakan sepasukannya

“Saya terus tahu itu kerja siapa. Saya pergi ke Rio dan saya berkata, “Woi, aku tak main main ni hanat, bagi balik seluar aku la sial”.

“Sebaik pesawat mendarat saya pun berarak bersama pemain lain ke hadapan pesawat.

“Bayangkan di situ ada orang seperti Sir Bobby Charlton dan Alan Shearer. Orang ramai memandang saya seperti, “Apa dah jadi kat mamat ni?”

Rooney kemudian menyatakan dia terpaksa menjadikan satu pesawat itu seperti tebusannya. Termasuk Sir Bobby Charlton yang merupakan legenda kelab. Penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk Manchester United ketika itu.

“Saya berkata di hadapan semua orang, “Tidak seorang pun antara kita di sini, termasuk kamu Sir Bobby, akan meninggalkan pesawat ini sehingga saya dapat balik seluar saya.”

“Saya tidak mahu berjalan melalui lapangan terbang dengan kemeja, tali leher dan seluar tidur ini.”

“Dengan melakukan benda bodoh macam tu akhirnya seluar saya pun dikembalikan.”