Rooney Jelaskan Secara Taktikal Kenapa Dia Memilih Tevez Gandingan Terbaiknya Bukan Abang Do

Sebenarnya, dari dulu lagi Wayne Rooney tidak pernah memilih Cristiano Ronaldo sebagai gandingan yang paling beliau sukai.

Bukan bermakna dia tak suka dengan Cristiano Ronaldo, malah kedua dua mereka pun sangat rapat.

Namun apabila bercerita soal keselesaan dari segi taktikal, Rooney akan memilih Carlos Tevez sebagai pemain yang paling dia gemari. Ini kerana Ronaldo biasanya diberikan peranan sangat bebas di atas padang. Berbanding dengan Rooney.

Rooney hanya akan merasai peranan lebih bebas itu ketika ada Tevez di hadapannya.

Rooney sangat terkesan ketika Tevez berpindah ke Man City. Malah dia sendiri pernah meminta untuk dijual ke City kerana kelab melepaskan Tevez.

Rooney pernah menghantar transfer request dan mempersoalkan secara terbuka situasi itu di hadapan Sir Alex Ferguson di dalam pejabatnya. Sehingga dia dihalau Sir Alex pada masa itu.

Rooney & Tevez merupakan dua pemain dalam trio dengan Ronaldo menjadikan mereka salah satu trio paling digeruni pada satu masa dulu. Malangnya, trio ini tidak bertahan lama.

Ini apabila Cristiano Ronaldo ke Real Madrid dan Tevez ke City.

Bercakap kepada Sport Bible, Rooney berkata: “Saya sangat sukakan hubungan kami (Tevez). Kami berdua di hadapan, kami saling melengkapi dan menghargai antara satu sama lain dengan baik.”

“Biasanya, apabila saya bermain dengan Louis Saha, Ruud van Nistelrooy atau Robin van Persie – penyerang ini sentiasa No.9 dan saya akan bermain sebagai No.10 secara tetap.”

“Dengan Tevez kami boleh bertukar tukar peranan, saya akan menjadi No.9 dia akan menjadi 10, dan jika dia mengambil tempat No.9 dan saya akan menjadi No.10. Apabila kami kehilangan bola, kami akan menjadi seperti dua lembu jantan yang cuba mendapatkannya semula. Sebagai menyerang. rakan seperjuangan, dia adalah orang yang paling saya suka bermain bersama.”

Menangi Liga Juara-Juara bersama

Selain memenangi Liga Perdana bersama, Rooney dan Tevez turut tampil ketika Manchester United menewaskan Chelsea dalam Liga Juara-Juara pada 2008, memenangi perlawanan akhir di Moscow.

Tetapi bintang Argentina itu meninggalkan Old Trafford dalam keadaan yang sangat tidak digemari peminat. Tevez memutuskan untuk menyertai seteru sebandar iaitu Manchester City pada 2009 selepas United tidak dapat menandatanganinya secara kekal sebagai pemilikan penuh selepas tempoh pinjaman dua tahunnya di sana berakhir.

“Saya sangat seronok bermain dengannya dan saya tahu sesuatu sedang berlaku kerana ada masalah dengan pemilikannya, sama ada kelab atau ejen,” kata Rooney.

“Ia sebenarnya sangat murah untuk membelinya dengan nilai itu dan atas sebab apa pun kami tidak membelinya secara tetap? Saya rasa Man City mendapatkannya sekitar £20 juta, yang luar biasa.”

“Anda melihat betapa hebatnya dia ketika dia pergi ke sana. Hati saya sangat hancur.”

Kisah Rooney Kasihan Tengok Tevez Kena Bahan Sebab Pakai Audi Je, Lalu Dia Belikan Tevez Lamborghini

Apa yang korang akan buat kalau tengok kawan korang kena gelak dan kena bahan je kerja dia sebab pakai kereta yang dianggap murah?

Belikan dia myvi terus? Sanggup tak? Siapa tahu kan kalau korang mampu dan ada wang yang banyak. Semuanya adalah demi kawan dan brotherhood yang sukar untuk dijelaskan.

Carlos Tevez berkongsi cerita tentang kemurahan hati insan bernama Wayne Rooney. Di mana bekas kapten England dan Man United itu pernah menghadiahkannya sebuah kereta mewah, Lamborghini.

Rooney sanggup memberikan Carlos Tevez kereta mewah miliknya kerana kesiankan Tevez yang dibuli rakan rakan akibat memakai Audi.

Ketika itu, pemain pemain Manchester United memang dan kaya raya dengan gaji yang sangat tinggi.

Tevez juga memberitahu bahawa, pemain yang paling teruk di dalam pasukan Man United pun boleh pakai Ferrari yang mewah.

Rata-rata pemain bintang Man United ketika itu mendapat gaji lebih £100,000 seminggu. Celah gigi je semua tu.

Hari ni lagilah tinggi gaji gaji pemain pemain yang bergelar bintang ni.

Rooney berikan Lamborghini

Ketika Tevez menyertai Man United pada 2007, beliau memakai kereta yang diberikan kelab kepada pemain mereka iaitu Audi.

Kereta tu cantik. Tetapi untuk level pemain di Man United ketika itu, kereta tu memang dipakai pemain yang sengkek sangat, baru menyertai Man United.

Beliau menjelaskan ia adalah budaya di Man united. Jelas sekali berbeza dengan ketika beliau di West Ham dan Boca Juniors.

“Di West Ham, kami menyelamatkan diri daripada tersingkir dengan kemenangan pada hari terakhir menentang Man United di Old Trafford.”

“Ianya berbeza di Man United dan juga Boca. Di Boca, kalau saya miss penalti, mereka akan bunuh saya. Itu tak berlaku di Man United.”

Tevez berkata: “Saya ketika itu pergi ke pusat latihan dengan Audi. Mereka menganjing saya dengan teruk masa tu. Lalu saya bertanya, apa masalahnya?”

“Rooney terus berkata:’ Nah, kau ambillah Lamborghini ni’. Rooney telah memberikan Lamborghini itu kat saya.”

“Pemain paling teruk di Man Utd pun boleh pakai Ferrari. Mereka lihat kereta Audi ni macam tengok Fiat 600 je.”

Itulah kisah Wayne Rooney yang murah hati dan dermawan. Beliau sanggup memberikan rakannya yang baru nak up ketika itu kereta Lamborghini miliknya.

Selain daripada kagum dengan kemurahan hati Wayne Rooney, Tevez juga kagum dengan kualiti pemain itu di atas padang.

Beliau melihat banyak persamaan di antara beliau dengan Wayne Rooney. Rooney seorang pemain yang sentiasa berjuang sehingga ke wisel penamat di atas padang.

“Corak permainan beliau seperti saya. Dan saya secara peribadi merasakan Rooney adalah refleksi kepada diri saya.”

Carlos Tevez menikmati karier yang indah di Manchester United ketika itu. Beliau bergandingan dengan Wayne Rooney dan Cristiano Ronaldo.

Trio serangan yang menjadi kegerunan kepada pertahanan kerana ketiga tiga mereka memiliki kualiti penyudah yang luar biasa.

Tevez kemudian melakukan perpindahan kontroversi ke Man City yang baru kaya raya. Beliau juga pernah memperlekehkan Sir Alex Ferguson ketika keraian piala di Man City.

Selepas itu, Tevez menyertai beberapa lagi kelab termasuk Juventus dan kini kembali semula ke Boca Juniors.