Wayne Rooney telah bersuara mengenai pemergian Cristiano Ronaldo dari Manchester United, selepas penyerang itu bersetuju untuk menamatkan kontraknya dengan kelab itu.
Manchester United mencapai kesepakatan bersama untuk penamatan kontrak tanpa sebarang pampasan.
Temubual panas Ronaldo sebelum ini bersama Piers Morgan sudah pastinya antara sebab kenapa pemain berusia 37 tahun itu ditamatkan kontrak. Selepas Ronaldo dengan terbuka mengkritik kelab dan pengurus beliau sendiri.
Susulan kritikan daripada pemain dan pengurus, dilaporkan rakan sepasukannya dan juga Erik Ten Hag, tidak mahu penyerang itu kembali ke kelab selepas Piala Dunia.
Malah laporan menyebut bahawa ramai pemain United yang gembira akhirnya kelab mencapai kata putus melepaskan Ronaldo kerana fokus para pemain adalah untuk menamatkan kemarau piala dan mencipta kejayaan di bawah era baharu, era Erik Ten Hag.
Salah satu segmen dalam wawancara Ronaldo adalah mengecam bekas rakan sepasukannya, dengan Gary Neville dan Wayne Rooney.
Apabila bercakap mengenai rakan penyerangnya, Ronaldo membalas kritikan sebelum ini daripada pengurus DC United, mendakwa Rooney cemburu dengan hakikat bahawa dia masih bermain, serta melihat penampilan Rooney yang jauh lebih tua daripadanya.
Ronaldo kemudian mengakui dia sengaja tidak mahu berjabat tangan dengan Gary Neville yang sebelum itu mengkritiknya.
Menurut Ronaldo, Rooney dan Neville bukan kawannya. Kerana mereka berdua seolah olah berterusan mengkritiknya.
Apabila ditanya sama ada kritikan Rooney adalah cemburu, Ronaldo menyatakan: “Mungkin, kerana dia menamatkan kariernya dalam usia 30-an. Jadi, saya masih bermain di peringkat tinggi.”
“Saya tidak akan mengatakan bahawa saya kelihatan lebih baik [kacak] daripadanya, hakikatnya, tetapi… Sukar untuk mendengar kritikan dan negatif seperti itu tentang orang yang bermain dengan anda, contohnya, Gary Neville, dia pun sama.”
Cristiano Ronaldo on Wayne Rooney 🤯 pic.twitter.com/RgdzM3yAUw
— ESPN UK (@ESPNUK) November 13, 2022
Morgan menambah: “Ya, maksud saya, Gary Neville, anda telah mengabaikan dia pada hari sebelum ini di atas padang dan dia kelihatan agak kecewa sebenarnya. Kerana dia jelas suka menjadi kawan anda, tetapi dia juga mengkritik anda…”
Ronaldo menjawab: “Orang ramai boleh mempunyai pendapat mereka sendiri, tetapi mereka tidak benar-benar tahu apa yang berlaku.”
“Sebagai contoh, di dalam padang latihan dan kawasan Carrington atau pun kehidupan saya – mereka harus mendengar bukan sahaja kepada satu sudut pandangan, mereka juga perlu mendengar pandangan saya.”
“Kerana ia mudah untuk mengkritik. Tetapi jika anda tidak’ tidak tahu keseluruhan cerita, ia mudah.”
Ketika Morgan bertanya sama ada mereka kawannya, Ronaldo mencelah: “Mereka bukan kawan saya.”
NEW: Cristiano Ronaldo reveals why be blanked Gary Neville on the pitch and what he really thinks of Wayne Rooney.@cristiano | @GNev2 | @WayneRooney | @piersmorgan | @TalkTV pic.twitter.com/9PtiHWb2ey
— Piers Morgan Uncensored (@PiersUncensored) November 14, 2022
Rooney sedih melihat perpisahan kali ini
Selepas Ronaldo rasmi meninggalkan Man United, Rooney memberikan komenya tentang pemergian Ronaldo. Menurut Rooney dia agak kesal dan rasa pengakhiran antara Ronaldo dan Man United kali ini agak memalukan.
Perpisahan mereka seharusnya lebih baik daripada ini, kerana Ronaldo adalah legenda kelab,
Tetapi Rooney terpaksa akur bahawa tiada pilihan lain, kerana Ronaldo sudah melampaui batas.
“Adakah saya terkejut? Tidak,” kata bekas kapten England itu kepada Sport 18.
“Tiada pilihan lain tetapi ia memalukan kerana dia telah menjadi pemain yang hebat kepada kelab.”
“Saya mendoakan yang terbaik untuknya di mana sahaja dia pergi.”