Rooney Kongsi Kisah Jahat Dia Tukar Stud Untuk Cederakan Terry, Tetapi Memakan Diri

Wayne Rooney memang dikenali sebagai pemain yang lasak dan sangat tak suka dengan kekalahan. Rooney berkongsi cerita bagaimana perasaan tak nak kalah itu membuak buak dan membuatkan dia mahu mencederakan John Terry dengan sengaja.

Terry ketika itu menjadi bek tengah yang sangat kental di atas padang. Dia menjadi sebab kenapa Chelsea sangat sukar untuk ditembusi pada era tersebut.

Rooney: Saya nak bantai Terry

Rooney mengakui ketika itu, Chelsea adalah pasukan yang lebih baik daripada mereka., terutama sekali apabila rakan sepasukan dalam skuad kebangsaan, John Terry ada di atas padang.

Pada 2006, skuad Chelsea bimbingan Jose Mourinho mulai mengganggu dominasi Manchester United di England.

Pada 29 April 2006, Manchester United berkunjung ke Chelsea. Di mana Chelsea hanya memerlukan 1 mata untuk memenangi EPL kali kedua beturut turut selepas melakukannya musim 2004/05. Namun pada hari itu Chelsea menang denga  3-0 untuk memastikan kejuaraan liga milik mereka sekali lagi.

Rooney ternyata sudah berada dalam tekanan sebelum perlawanan lagi. Dia sudah membuat persiapan yang penuh dengan ke-iblis-an dalam dirinya.

Rooney berkata: “Saya memakai boot baru, dengan stud lebih panjang sebab saya nak cederakan seseorang. Stud itu dibenarkan, namun lebih besar daripada yang saya biasa pakai.”

Rooney kemudian cuba menapak John Terry dengan kasutnya itu. Dan dia berjaya, membuatkan Terry cedera dan terpaksa meninggalkan stadium dengan tongkat.

“John Terry meninggalkan stadium pakai tongkat, saya meninggalkan kesan lubang pada kakinya dan kemudian saya menandatangani jersi saya untuk diberikan kepadanya dan meminta stud saya balik,” kata Rooney sambil berseloroh pada masa itu.

Terry: Oh itulah sebabnya ye

Sebenarnya Terry sendiri tidak tahu yang Rooney memang merancang mahu mencederakannya. Dengan sempoi je Terry baru sedar pada hari itu Rooney memberikannya jersi bertandatangan untuk mengaburi matanya.

Terry berkata: “Oh inilah sebabnya kau bagi stud kau kat kaki aku ye.”

Terry merujuk kepada kenyataan Rooney yang bengang sebab Chelsea masa tu sangat kuat. Bila Terry kenang balik baru dia tahu itu sebabnya Rooney tetiba melancarkan bentesan ganas itu ke atasnya.

Rooney kemudian mengakui karma kemudian datang kepadanya. Keputusannya menukar stud itu memakan diri. Dia seorang sprinter yang laju dan berat badannya membuatkan dia cedera pada perlawanan yang sama.

Rooney: Saya menyesal melakukannya

Ini kerana dia tidak terbiasa memakai stud tersebut dan dia cedera dalam perlawanan itu, patah 3 tulang metatarsal. Rooney menyalahkan dirinya sendiri kerana membuat keputusan bodoh menukar stud masa tu.

Ianya membuatkan Rooney bergelut untuk pulih menjelang Piala Dunia 2006. Mujur dia sempat sembuh pada masa itu.

“Kalau korang tengok balik insiden itu, stud depan kasut saya terbena pada tanah dan kaki saya terbengkok ke depan.”

Selepas kembali daripada kecederaan itu, Rooney kemudian menyembunyikan kesakitan di bahagian groinnya kerana tidak mahu terlepas aksi Piala Dunia.

Rooney menganggap tindakan itu memang kurang bijak kerana terlalu berisiko: “Sebenarnya, ianya bukan pertandingan yang tepat untuk saya dari segi persiapan fizikal. Saya terpaksa menggunakan painkillers tanpa henti.”

Rooney merupakan legenda di Manchester United. Pemain yang meninggalkan Old Trafford sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk kelab tersebut.

Rooney kini telah menjadi pengurus. Dan kepimpinannya seringkali dipuji para pemain. Misalnya, ketika pemain pemain Derby berdepan dengan masalah tunggakan gaji, Rooney menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan wang.