Wayne Rooney menyamakan apa yang dilakukan Lamine Yamal di Euro 2024 dengan apa yang pernah dilakukannya dahulu. Ini kerana kedua dua mereka masing masing menikmati kempen Euro yang hebat pada usia remaja mereka.
Lamine Yamal baru sahaja meraikan harijadinya ke-17 pada Sabtu. Dia telah menjadi pemain sensasi mencetak gol sulung Euro pada usia 16 tahun.
Dia juga menjadi pemain paling muda pernah debut di Euro dan pemain paling muda pernah mencipta assist dan gol di Euro.
Lantas Rooney menyamakan pemain itu dengan dia. Kerana dulu dia pun menjadi pemain penting England dalam Euro 2024. Pada ketika dia masih bergelar pemain remaja.
Wayne Rooney menegaskan: “Lamine Yamal mengingatkan saya sedikit kepada diri saya pada Euro 2004. Pemain remaja yang menikmati kempen Euro yang hebat.”
Rooney seterusnya menyamakan Nico Williams sebagai seperti Cristiano Ronaldo. Di mana kedua duanya sangat lincah dan pantas di atas padang.
“Nico Williams sangat luar biasa. Dia mengingatkan saya kepada Cristiano Ronaldo ketika CR7 masih muda dulu, pemain yang bertenaga dan pantas.”
🏴🇪🇸 Wayne Rooney: "Lamine Yamal reminds me a little of what I was like at EURO 2004: a teenager having a great time." (Mundo Deportivo) pic.twitter.com/SnT2WfFgEm
— EuroFoot (@eurofootcom) July 13, 2024
Lamine Yamal dan Nico Williams menjadi dua pemain muda yang menjadi tunjang kepada kejayaan Sepanyol mara ke final Euro 2024.
Sepanyol mara ke final dan akan menentang England pada hari ini. Di mana dua pemain tersebut pasti akan menjadi pemain yang Southgate mahu kekang habis habisan di atas padang dengan taktikal mereka.