Rooney: Liverpool Memang Juara Dah, Tapi Hal Slot Eropah & Promosi Ni Macamana?

Bekas pemain Red Devil dan bintang Everton percaya rival Merseyside itu layak memenangi Liga Perdana Inggeris musim ini walaupun liga dibatalkan sekalipun.

Bagi beliau perkara itu bukan masalah untuk Premier League. Wayne Rooney percaya Liverpool layak memenangi gelaran Liga Perdana dan menegaskan kempen musim ini.

Dan Premier League hanya perlu memikirkan cara untuk menentukan promosi, penyingkiran dan kelayakan Eropah.

Musim Liga Perdana telah dilanda keraguan untuk diteruskan kerana pandemik coronavirus. Di mana kempen terpaksa ditangguhkan sehingga sekurang-kurangnya 2 Mei kerana krisis kesihatan global.

Dengan Liverpool hanya memerlukan enam mata sahaja lagi untuk meraih gelaran liga pertama mereka dalam tempoh 30 tahun.

Bekas pemain Manchester United dan Everton merasakan Reds telah memperoleh kejuaraan dan ia tidak sepatutnya ditarik daripada mereka walaupun berlaku pembatalan musim.

Liverpool fantastic!

Ketua pasukan Derby County tetap percaya musim Liga Perdana Inggeris musim ini akan siap dapat diselesaikan apabila selepas ini.

“Liverpool akan memenangi Liga Perdana [Mereka] hebat, mereka telah membuat banyak kerja luar biasa, mereka layak mendapat gelaran ini.”

“Bolehkah anda bayangkan, mereka menunggu selama 30 tahun dan anda merampasnya daripada dalam keadaa seperti ini? Keputusan yang betul perlu dibuat,” kata Wayne Rooney dalam ruangan mingguannya di The Times.

Isu lebih besar adalah prmosi dan slot eropah

“Namun begitu, isu lebih besar adalah dari segi promosi dan penyingkiran dan tempat-tempat Liga Juara-juara.”

“Isu-isu ini begitu besar untuk kelab-kelab yang terlibat, itu yang saya bayangkan.”

“Dan pasti akan berlaku banyak perbalahan dari segi perundangan jika musim itu hanya ditamatkan begitu sahaja – walaupun kita terpaksa perlu kehilangan musim depan dalam proses.”

Rooney menegaskan, beliau tak terkejut pun jika liga musim ini terpaksa ditamatkan pada akhir tahun ini.

“Ia bukan perkara yang akan mengejutkan saya jika terpaksa menamatkan musim berlangsung sehingga akhir tahun 2020. ”

“Bola sepak, seperti setiap industri lain, berada dalam zon yang tidak diketahui dan, sama seperti setiap industri lain, perlu mendengar nasihat dan mengambil segala langkah berjaga-jaga yang diperlukan.”

“Pada pandangan saya, liga musim ini perlu ditamatkan di dalam stadium kosong.”

Pengurus Sheffied United, Chris Wilder mempunyai pendapat serupa dengan Rooney.

Ini kerana beliau berharap musim ini akan diselesaikan dengan pasukannya dalam pertarungan untuk untuk mara ke pertandingan Eropah.

Koronavirus telah menimbulkan kekacauan kepada dunai dan bola sepak di seluruh, dengan kebanyakan liga dan pertandingan ditunda.

Bekas Presiden Real Madrid Lorenzo Sanz meninggal dunia akibat koronavirus pada Sabtu,

Sementara beberapa pemain dan jurulatih termasuk Mikel Arteta, Callum Hudson Odoi, Paulo Dybala, Blaise Matuidi dan Daniel Rugani telah diuji positif.

Fellaini juga menjadi pemain pertama di Liga Super China yang disahkan positif koronavirus.

Sumber: Goal

Baca yang lain