Rooney Persoal Pembelian Casemiro Berbanding De Jong: “Dia [Casemiro] Dah Tua”

Wayne Rooney kurang yakin tentang atas  elemen apa yang mempengaruhi keputusan Manchester United untuk menandatangani Casemiro dari Real Madrid.

United mengumumkan pada hari Jumaat bahawa mereka telah bersetuju dengan perjanjian pada dasarnya untuk menandatangani pemain Brazil itu, tertakluk kepada syarat perubatan, peribadi dan formaliti lain.

Casemiro bersedia untuk menuju ke Old Trafford dalam perjanjian bernilai £60 juta asas yang boleh meningkat kepada £70 juta selepas bonus tambahan. Dia menandatangani perjanjian empat tahun dengan kelab itu.

Casemiro dijangka akan dipekernalkan secara rasmi di Old Trafford dalam aksi antara Manchester United dan Liverpool.

Perpindahan itu menamatkan karier yang hebat selama sembilan tahun di Real Madrid yang menyaksikan pemain berusia 30 tahun itu memenangi Liga Juara-Juara Eropah lima kali, membuktikan dirinya mungkin pemain tengah defensif terbaik dunia pada eranya.

United telah mengejar Frenkie de Jong sepanjang musim panas, tetapi ketidakpastian pemain itu mengenai perpindahan ke Old Trafford ditambah dengan isu hutang gaji oleh Barcelona telah menyaksikan kesepakatan terhenti.

Menandatangani Casemiro mungkin menamatkan usaha mereka untuk mendapatkan pemain Belanda itu, yang pernah bekerja dengan Erik ten Hag di Ajax.

Walaupun pemain Brazil itu sebenarnya tidak dikaitkan dengan perpindahan ke United sepanjang musim panas ini. Namun berlaku perubahan pada sasaran perpindahan United atas beberapa faktor.

Perpindahan Casemiro sebenarnya disukai dan telah diterima secara positif oleh peminat, kerana hakikatnya United sangat memerlukan pemain tengah bertahan selama beberapa tahun.

Bagaimanapun, legenda kelab dan pengurus semasa DC United, Wayne Rooney, telah memberikan pandangan terbukanya dalam temu bual dengan The Times.

Rooney tak yakin Casemiro adalah pembelian yang bagus kerana pemain itu sudah tua.

Rooney bimbang dengan usia pemain United tersebut: “Sudah tentunya Casemiro akan memperbaiki Manchester United. Dia pemain yang bagus. Saya pernah berlawan dengannya dan dia akan membawa masuk sedikit karakter, kadar kerja, namun adakah dia pemain yang benar benar diperlukan Manchester United? Saya tak pasti. Ini kembali kepada isu untuk melihat masa hadapan.”

“Sebaik-baiknya, mereka sepatutnya menandatangani pemain pada awal 20-an sehingga pertengahan 20-an, dan Casemiro serupa dengan Christian Eriksen – seseorang yang pernah menjadi pemain yang bagus, tetapi adakah mereka akan membantu kelab bergerak maju ke hadapan?

“Frenkie de Jong, sasaran utama Ten Hag di bahagian tengah, dan dia lebih sesuai.”

Wayne Rooney menambah, dia merasakan bahawa pendekatan United mendapatkan Casemiro adalah lebih kepada respon ke atas kegagalan mendapatkan De Jong.

Rooney mempersoalkan, adakah Casemiro pernah berada dalam senarai sasaran utama Ten Hag?

Rooney berkata: “Penanadatanganan Casemiro nampaknya datang entah dari mana, dan kelihatan sebagai tandatangan yang agak reaktif — saya akan terkejut jika dia benar benar pemain yang dikenal pasti sebagai keutamaan untuk dibawa masuk apabila Ten Hag tiba sebelum ini.”

“Nampaknya, setelah tidak dapat menandatangani De Jong, United hanya bertindak balas terhadap Casemiro yang tersedia.”

Nampaknya Rooney benar benar tidak bermain selamat dalam meluahkan pandangannya.

Sebelum ini Rooney pernah mempersoalkan penandatanganan Ronaldo atas alasan yang sama. Kerana menurut Rooney, bekas rakan sepasukannya itu sudah terlalu tua untuk menyertai revolusi di Manchester United.

Ronaldo kemudian melabel Rooney dan seorang lagi rakan punditnya, Jamie Carragher sebagai dua orang dengki.

Ianya berpunca daripada komen Wayne Rooney dalam satu bual bicara di Sky Sports, Rooney telah berkata bahawa perpindahan Ronaldo ke Old Trafford pada usia tuanya tidak lagi memberi kesan ketara kepada Red Devils dan keadaan tidak berjalan seperti yang diharapkan.

Tambahan pula, ketika itu Rooney menyatakan kelab kesayangannya memerlukan suntikan darah muda yang segar agar mampu kembali cemerlang.

Tidak menerima kenyataan Rooney, Ronaldo turut membalas. Rooney, yang berada di studio bersama Jamie Carrager di acara Sky Sports, dirujuk oleh Ronaldo sebagai “dua orang pendengki” atau “dua orang cemburu”.

Tidak lama kemudian, Rooney membalas sindiran Ronaldo. Dia mengakui, sesiapa sahaja pasti cemburu dengan kehidupan Ronaldo termasuk kerjaya bola sepaknya. Dia berkata: “Saya membaca itu [sindiran Ronaldo] pagi ini!”

“Saya mungkin akan mengatakan bahawa tidak ada seorang pun pemain bola sepak di dunia yang tidak cemburu dengan Cristiano!”

Rooney berseloroh, hanya Lionel Messi yang tidak akan cemburu dengan Ronaldo kerana kedua-duanya berada pada tahap yang sama.

“Kerjaya yang telah dilalui Ronaldo, trofi yang dimenanginya, wang yang dia ada, badannya yang six pax. Saya rasa setiap pemain kecuali Lionel Messi akan cemburu dengan Cristiano!” kata Rooney.

Namun ternyata Ronaldo membuktikan bahawa dia adalah pemain terbaik Manchester United musim lalu. Dia menjadi penjaring terbanyak di Old Trafford dan menjadi pemain yang sangat penting dalam beberapa siri kebangkitan United.

Rooney terus mengkritik Ronaldo pada awal musim ini. Menyatakan bahawa Ronaldo dan Rashford tidak seharusnya bermula menentang Liverpool.

Baca yang lain