Rooney: Romero Ni Tak Boleh Kawtim, Bagilah Free Kick Tu Masuk

Lagenda Manchester United Wayne Rooney berseloroh dengan wartawan tentang sepakan percuma terakhir beliau di dalam aksi piala FA berhadapan dengan kelab lamanya itu.

Player-coach, Wayne Rooney juga berharap rakan-rakan sepasukan, terutama sekali para pemain muda dapat belajar daripada perlawanan ini.

Dua kali Wayne Rooney melakukan sepakan percuma yang hampir menewaskan Sergio Romero.

“Sergio Romero hari ini serius sangat. Dia patut biarkan saja yang satu tu masuk. Pastinya bagus melihat bola itu masuk.”

Rooney dan Romero sempat bersua dan bercakap cakap selepas tamat perlawanan. Mungkin Wazza berkata: “Kau tak kasi can langsung la.”

Lihat save Romero itu di sini:

Rasanya jika bola tu gol, penyokong Man United pun akan bertepuk tangan tumpang gembira dengan bekas kapten mereka itu.

Dan sebelum itu, pada separuh masa pertama Wayne Rooney melakukan sepakan percuma ini, yang turut memaksa Romero melakukan world class save.

Walaupun sudah veteran namun bisa di kakinya tetap ada. Bak kata orang, Harimau kalau dah tua tetap ada cakarnya.

Wayne Rooney menjadi ketua pasukan dan pasukan mereka turut menurunkan beberapa pemain remaja termasuk Max Bird, 19, Louie Sibley, 18, dan Jason Knight, 19 – dimana kesemua pemain tersebut beraksi dengan cemerlang.

Sibley telah menjadi pemain yang menjadi pusat kepada aksi di tengah. Beliau berjaya memberikan saingan kepada Scott McTominay.

Wayne Rooney menyatakan bahawa beliau gembira melihat prestasi para pemain remaja Derby County.

Rooney berkata: “Jelas sekali Manchester United adalah pasukan yang bagus dan kami perlu cuba untuk menang.”

“Saya percaya undian kali ini memihak kepada kedua dua pasukan. Dan pasukan yang lebih baik akan mara ke pusingan seterusnya.”

“Tetapi saya gembira untuk pemain muda kami. Ianya satu pengalaman berharga. Aksi mereka pun tak menghampakan.”