Rooney Sedih Pemain Mudanya Cedera Kerana Ditebas Wayne Rooney Semasa Latihan

Wayne Rooney terlibat dalam satu insiden yang paling pelik dalam karier pengurusan dan kejurulatihannya. Rooney yang ketika ini merupakan pengurus Derby County telah menebas kaki pemainnya sendiri ketika di sesi latihan.

Kesannya Derby County, pasukan yang diuruskan Rooney sendiri, kekurangan seorang lagi pemain menjelang aksi pembukaan Liga Kejuaraan 2021/22.

Dalam sesi latihan pra musim, legenda England dan Man United itu telah membentes kaki Jason Knight dengan terjahan keras. Insiden tersebut dikatakan 50/50. Namun Rooney melancarkan bentesan yang agak keras untuk sesi latihan.

Rooney sebenarnya terpaksa terlibat dalam latihan pra musim kerana The Rams kini kekurangan pemain. Di mana mereka cuma ada 9 pemain senior dalam pasukan mereka yang tersedia untuk beraksi.

Malangnya, Rooney menyebabkan keadaan menjadi lebih buruk. Knight cedera pada buku lalu. Dan pemain berusia 20 tahun itu disahkan oleh Rooney sendiri, bahawa dia terpaksa berehat sekurang kurangnya 3 bulan kerana bentesan Wayne Rooney.

Knight merupakan pemain muda yang diharap mampu memberikan impak dalam pasukan utama musim ini. Malangnya, dia terpaksa disisihkan.

Mengulas tentang insiden Rooney menebas kaki Knight, pengurus Derby, Wayne Rooney kesal dan sedih. Sambil  berkata: “Jason akan disisihkan selama 8-12 minggu. Dia mengalami kecederaan di pergelangan kakinya [buku lalu bengkak].”

“Mujur kecederaan itu tidak memerlukan pemebdahan namun dia memerlukan sedikit masa untuk memperbaiki semula struktur buku lalinya,” kata Rooney kepada Independent.

“Sudah tentu, ia adalah impak yang kuat, semua orang tahu apa yang dapat diberikan oleh Knighty kepada kami, dia pemain hebat, mempunyai banyak tenaga.”

“Jadi ini satu kehilangan besar tetapi kami harus menerimanya.”

Selain tidak dapat memperkuatkan Derby dalam waktu terdekat, Knight juga terpaksa melupakan peluang untuk memperkuatkan pasukan kebangsaan Ireland yang akan menjalani pusingan kelayakan Piala Dunia menentang Portugal, Azerbaijan dan Ireland Utara.

Knight adalah pemain regular untuk pasukan kebangsaan junior Ireland dan sudah mempunyai tujuh kaps dan gol untuk pasukan kebangsaan senior Ireland.

Setelah menjadi sebahagian dari akademi Derby, Knight telah dinaikkan ke pasukan pertama sejak musim 2019/2020 dan sudah menjadi tonggak yang diberikan kepercayaan oleh Rooney ketika mantan pemain Manchester United itu dilantik sebagai jurulatih pada tahun 2020.

Musim lalu di bawah kendalian Wayne Rooney, yang menggantikan Philip Cocu di pertengahan musim, Derby menduduki tempat ke-21.

Derby akan memulakan musim 2021/2022 di kandang Huddersfield pada 7 Ogos.

Rooney memang dikenali sebagai seorang pemain yang agresif. Jadi semangat agresif itu terbawa bawa sampai ke tua.

Antara detik yang kita ingati ketika aksi ganasnya dalam situasi drop ball berdepan Hull.

Rooney kini perlu memikirkan cara untuk menambahkan lagi skuadnya. Beberapa pemain akademi dijangka akan dipanggil untuk menguatkan pasukan. Walaupun mereka melakukan beberapa pembelian ataupun pinjaman pemain.