Rooney Setuju Dengan Hazard: ‘Ronaldo Cuma Nak Kejar Gol Je’

Bekas rakan sepasukan Cristiano Ronaldo di Manchester United iaitu Wayne Rooney setuju dengan komen Hazard sebelum ini. Di mana menurut Hazard Ronaldo bukan pemain yang memiliki bakat semulajadi luar biasa sepertinya.

Hazard menyatakan sebelum ini bahawa, dia lebih bagus daripada Cristiano Ronaldo dari segi skil dan bakat tulen di atas padang. Hanya Messi di mata Hazard, lebih bagus daripadanya pada era dia masih bermain.

Rooney memberitahu perkara yang sama. Kerana menurut Rooney,CR7 adalah pemain yang fokus kepada memburu gol sementara Lionel Messi pula lebih serba boleh, boleh melakukan skil, dan mencipta peluang gol untuk rakan rakannya selain daripada menjaringkan gol.

Bercakap dalam podcast bersama dengan YouTubers Lyes Bouzidi di rancangan CultureCams, Rooney memberitahu bahawa komen Hazard menggariskan dengan jelas cara permainan Ronaldo dan Messi.

“Secara tuntasnya, Cristiano Ronaldo, dalam kepalanya adalah gol. Dia tak kisah tentang perkara lain. Sasarannya adalah gol dan hanya itu yang dia mahukan,” tegas Wayne Rooney.

Ditanya sama ada Rooney lebih mirip Abang Do atau Hazard? Rooney menyatakan bahawa dia tipikal Hazard. Rooney yakin bahawa dia lebih berbakat daripada Ronaldo namun dia bukan pemain yang gilakan gol.

Rooney menambah: “Jika kamu lihat pada Messi, dia mahu bermain main lebih sikit. Saya harus sokong apa yang dikatakan Hazard. Dia pemain yang suka bermain main dengan bola di atas padang, sebijik macam saya.”

Kenyataan Rooney itu agak kurang dipersetujui oleh segelintir pihak. Kerana menurut mereka Cristiano Ronaldo juga pemain all rounder atau serba boleh.

Dia memiliki assist yang banyak dalam kariernya.

Ada juga yang menyindir, memang Rooney dan Hazard sama.