Wayne Rooney sebelum ini dikritik kerana seringkali memilih Lionel Messi sebagai lebih baik daripada Cristiano Ronaldo dalam perdebatan antara kedua dua pemain itu.
Rooney dan Ronaldo pernah membentuk gandingan pemusnah ketika bersama di Manchester United.
Namun kedua duanya pernah juga bergaduh di dalam padang ketika aksi Piala Dunia melibatkan Portugal dan England.
Hubungan sayang dan benci antara Ronaldo dan Rooney masih berlaku sehingga ke hari ini.
Pada 2012, Rooney sudah mengiktiraf Lionel Messi sebagai pemain terbaik sepanjang zaman ataupun singkatannya sebagai GOAT (Greatest Of All Time).
Messi is a joke. For me the best ever.
— Wayne Rooney (@WayneRooney) March 7, 2012
Dan selepas 10 tahun lamanya, Rooney mengingatkan sekali lagi bahawa tiada apa yang berubah.
Dia masih menganggap Messi sebagai GOAT!
Nothing has changed. 🤷🏻♂️🐐 https://t.co/j5GjcKto13
— Wayne Rooney (@WayneRooney) December 14, 2022
Sebelum ini Gary Lineker pernah dengan terbuka menganggap Messi dan Maradona adalah 2 pemain yang lebih baik daripada Ronaldo.
Lineker ketika itu tidak setuju dengan pandangan beberapa pihak bahawa Ronaldo adalah GOAT.
Apa yang berlaku, Ferdinand memberitahu bahawa Ronaldo bengang dan menghantar mesej kepadanya meminta penjelasan, kenapa Lineker cakap Messi lebih baik daripadanya.
Rio Ferdinand speaking about Ronaldo's insecurity 🗣️:
"Once Cristiano Ronaldo texted me and asked why Gary Linekar thinks Messi is better than me "
pic.twitter.com/EME8mlvjiK— Semper Fi (@SemperFiMessi) October 31, 2022
Wayne Rooney sebelum ini mejelaskan mengapa dia sentiasa menganggap Lionel Messi lebih hebat daripada bekas rakan sepasukannya di Manchester United, Cristiano Ronaldo.
Menurut Rooney, Lionel Messi adalah pemain lebih lengkap daripada Cristiano Ronaldo. Dia boleh bertindak sebagai playmaker dan menjaringkan gol. Sedangkan Ronaldo di mata Rooney hanyalah terhad kepada keupayaan mencetak gol.
Rooney berkata: “Semua orang mempunyai pandangan berbeza tentang Messi dan Ronaldo tetapi saya telah mengatakan berkali-kali bahawa saya fikir Messi adalah yang terbaik.”
“Saya telah menonton banyak video Diego Maradona, yang merupakan pemain yang serupa, tetapi Messi lebih baik. Dia mempunyai segala-galanya – caranya dia mengawal permainan, menggeleceknya, bantuan golnya – manakala Ronaldo lebih kepada penjaring gol.”
Baru baru ini Ronaldo telah membidas Rooney sebagai seorang yang cemburu dengan kehebatan dan rupanya.
Ronaldo kecewa kerana Rooney menganggap dia adalah beban kepada pasukannya di Manchester United.
Rooney malah berpendapat bahawa Ronaldo tidak dapat menerima kenyataan bahawa usia semakin ‘memakan’ keupayaannya.
Namun Rooney masih menganggap Ronaldo sebagai salah seorang terbaik sepanjang zaman. Walaupun dia bertegas Messi masih terbaik atau GOAT.
Ronaldo melabel Rooney dan Gary Neville sebagai cemburu dengannya dan kerap secara terbuka mengkritik penyerang itu. Dia mengkritik dua bekas rakan sepasukannya itu menerusi wawancara panas dengan Piers Morgan.
Ronaldo menyatakan: “Mungkin, kerana dia menamatkan kariernya dalam usia 30-an. Jadi, saya masih bermain di peringkat tinggi.”
“Saya tidak akan mengatakan bahawa saya kelihatan lebih kacak daripadanya. , yang benar, tetapi… Sukar untuk mendengar kritikan dan negatif seperti itu tentang orang yang bermain dengan anda, contohnya, Gary Neville, juga.”
Cristiano Ronaldo on Wayne Rooney 🤯 pic.twitter.com/RgdzM3yAUw
— ESPN UK (@ESPNUK) November 13, 2022
Piers Morgan menjawab: “Ya, maksud saya, Gary Neville, anda telah mengabaikan dia pada hari sebelum ini di atas padang dan dia kelihatan agak kecewa sebenarnya. Kerana dia jelas suka menjadi kawan anda, tetapi dia juga mengkritik anda…”
Ronaldo menjawab: “Orang ramai boleh mempunyai pendapat mereka sendiri, tetapi mereka tidak benar-benar tahu apa yang berlaku.”
“Sebagai contoh, di dalam padang latihan dan kawasan Carrington atau pun kehidupan saya – mereka harus mendengar bukan sahaja kepada satu sudut pandangan, mereka juga perlu mendengar pandangan saya.”
“Kerana ia mudah untuk mengkritik. Tetapi jika anda tidak’ tidak tahu keseluruhan cerita, ia mudah.”
Ketika Morgan bertanya sama ada mereka kawannya, Ronaldo mencelah: “Mereka bukan kawan saya.”