Ropie Dedahkan Kisah Hampir Dinodai Jantan Miang

Zahid bin Tajudin atau lebih dikenali sebagai Ropie cecupak adalah seorang pelakon, pelawak, pengacara dan penyanyi kelahiran Taiping, Perak.

Bintang serba boleh ini telah memulakan kerjaya nya didalam industri hiburan tanah air ini sejak era 90 an lagi,bersama kumpulan cecupak.

Peristiwa hitam ketika kanak-kanak

Sewaktu berusia 15 tahun Ropie bekerja di sebuah kedai perabot dan ketika bekerja beliau telah didatangi oleh seorang lelaki.

Lelaki itu kemudian nya menawarkan Ropie untuk bekerja dengan keluarganya. Dengan tawaran gaji yang lumayan Ropie bersetuju untuk mengikut lelaki berkenaan.

Baru sahaja 5 hari bekerja di kedai perabot itu Ropie berhenti kerja dan ikut lelaki yang menawarkan nya pekerjaan baru dengan gaji lumayan itu.

Diculik dan di siksa

Ternyata pilihan yang ropie buat adalah silap. Lelaki yang menawarkan beliau pekerjaan dengan gaji yang lumayan itu sebenarnya berniat untuk menculik Ropie.

Setelah mengikut lelaki itu beliau telah di bawa pergi ke sebuah hutan dan di hutan itu beliau telah dipaksa berbogel.

“Selamat saya tak kena rogol“, kata Ropie ketika mencerita kan kisah ini di dalam rancangan di balik tawa.

Beliau kemudiannya dipaksa berbaring di sebatang kayu,pinggangnya di ikat menggunakan seluar sekolah yang beliau pakai dan tangan nya di ikat dengan menggunakan baju yang dipakai oleh Ropie sebelum di arah untuk berbogel.

Lebih kejam lagi mulut ropi di tutup menggunakan tanah merah yang dikepal dan diikat menggunakan seluar dalam miliknya.

Lelaki itu kemudian mengambil kad pengenalan milik Ropie dan pergi meninggalkan Ropie.

Namun Ropie telah diugut oleh lelaki itu jika beliau melarikan diri lelaki itu akan membunuhnya.

Lelaki itu pun telah pergi ke tempat kerja Ropie dan mengambil baki gaji milik Ropie dengan menunjukkan kad pengenalan Ropie sebagai bukti beliau mewakili Ropie untuk mengambil baki gajinya.

Berjaya melarikan diri

Lelaki itu tidak kembali selepas meninggalkan Ropie dengan keadaan berikat di dalam hutan itu. Ropie yang meronta mahu cuba melepaskan diri akhirnya berjaya bebas namun kerana rontaan itu tangan beliau patah.

Beliau mencari arah untuk lari dan beliau melihat sebuah banggunan jauh di hadapan nya dan untuk sampai ke banggunan itu beliau harus meredah paya yang di penuhi lalang yang tajam.

Beliau berjalan di dalam paya yang air nya agak dalam dengan lalang yang tajam menjadi jerat yang melulakan dirinya ketika menyelamatkan diri sendiri.

Apabila tiba di banggunan itu beliau meminta bantuan dari orang di sana untuk membawanya ke Balai Polis untuk membuat laporan tentang apa yang berlaku kepada beliau.

Pihak Polis membuka fail-fail banduan di sana dan Ropie mengenali lelaki yang menculiknya itu lalu Ropie menunjukkan fail lelaki tersebut.

Ternyata lelaki itu adalah seorang bandua yang lari dari penjara taiping.

Lantaran dari peristiwa itu Ropie menjadi trauma dan beliau takut untuk keluar rumah. Beliau juga jadi takut ketika berhadapan dengan orang.

Begitu lah kisah tentang Ropie yang agak mengerikan. Alhamdulillah beliau selamat.

Semoga terus sukses kepada Ropie.

Baca yang lain