Rory Curtis: Kisah Tragis Penyerang Remaja Man United Yang Akhirnya Menjadi Tukang Gunting

Ketika Rory Curtis terbangun dari koma, dia tidak tahu di mana dia berada. Dia tidak tahu bagaimana dia boleh berada disitu.

Dia tidak dapat mengingati masa lalunya, salah seorang penyerang remaja yang mempunyai masa depan yang cerah di Manchester United.

Namun segalanya berubah apabila dia mengalami kemalangan yang menghancurkan tulang pinggulnya, mematahkan siku dan mengalami kecederaan otak.

Ketika dia tersedar dari koma, dia mula bercakap menggunakan Bahasa Perancis yang dipelajari di sekolah. Bahasa yang sudah lama yang tidak digunakannya.

Dia bercakap dengan lancar dan intonasi yang sempurna sehingga mendapat perhatian dari jururawat yang merawatkannya.

Seorang penutur asli Perancis bertanya kepada ayahnya, mereka berasal dari Perancis bahagian mana?

Seperti ingatan mimpi, kemampuan Curtis bertutur dalam Bahasa ini tidak bertahan lama.

Lantaran dari kejadian itu, ayah Curtis telah melakukan sedikit penyelidikan dan mengetahui keluarganya sememangnya berasal dari Normadia, tetapi cerita itu berlaku pada tahun 1800-an.

Kemalangan pada 2014

Kemalangan itu berlaku pada satu petang yang hujan pada bulan Ogos 2014. Curtis yang berusia 22 tahun sedang bekerja bersama syarikat pembinaan.

Pada masa yang sama Curtis merupakan seorang pemain bola sepak separuh amatur dan sedang melanjutkan pengajian peringkat izajah dalam bidang sains sukan.

Dia tidak mengingati bagaimana kemalangan itu berlaku tetapi laporan dari saksi yang digabungkan menjelaskan rentetan kejadian petang itu.

Curtis pergi ke arah perkarangan bagunan perniagaan, menukar laluan dan van transitnya bertembung bahagian sisi sebuah lori. Van Curtis merempuh 6 kenderaan lain namun tidak ada sesiapa yang mengalami kecederaan parah kecuali Curtis.

Terperangkap dalam bangkai kenderaan, pihak bomba mengambil masa selama 40 minit untuk mengeluarkan Curtis.

Kecederaannya amat parah sehingga dia serta merta mengalami koma dan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth di Birmingham.

Curtis mengalami koma selama 6 hari selepas kejadian. Selepas keadaannya kembali stabil, dia dipindahkan ke Hospital Mosely Hall yang menawarkan rawatan pakar dalam pemulihan kecederaan otak.

Curtis perlu melalui proses pemulihan yang panjang dan keluarganya diberitahu dia tidak mungkin boleh bercakap dan berjalan dengan sempurna lagi.

Curtis pernah mengalami pronogsis yang salah (jangkaan dalam perubatan). Ketika berusia 7 tahun, dia didiagnosis kerana meningitis septicaemia, satu bakteria yang sering menyerang kanak-kanak berusia sekitar 5 tahun di UK.

Peluang hidupnya dinilai 50-50. Selepas 6 minggu di wad Hospital kanak-kanak di Birmingham, dia dikeluarkan untuk meneruskan proses pemulihan di rumah.

Salah satu kesan selepas itu adalah penglihatan menjadi sedikit terjejas pada waktu-waktu tertentu.

Curtis memberitahu dia merupakan satu-satunya kanak-kanak disana yang tidak perlu melakukan pembedahan melibatkan anggota badan dan organ dalaman.

Namun dia terpaksa memakai cermin mata selama setahun. Pemulihannya agak komprehensif sehingga dia menonjol sebagai prospek.

Dilahirkan dalam keluarga yang menyokong Birmingham City, dia akan meniru ‘hero’ St Andrew di padang permainan, dimana tempat dia dibesarkan.

Curtis menerima tawaran berlatih bersama Birmingham pada usia 11 tahun tetapi ditangguhkan kerana terlalu muda dan dia tidak kembali lagi selepas itu.

Ke Man United

Dia menarik minat pemantau bakat dari Manchester United dan pergi ke akademi Carrington setiap kali musim cuti sekolah. Beliau menjadi pemain muda yang dilihat memiliki masa depan cerah.

Jika pun tidak mampu bermain di pasukan utama Man United pada suatu hari, dia tetap berada di landasan tepat untuk bermain di kelab profesional yang lain.

Ketika ditandatangani Man United, Curtis mengatakan dia masih belum bersedia untuk meninggalkan ibu bapa dan rakan-rakan untuk berpindah ke Manchester.

Kesepakatan telah dicapai antara United dan Walsall, membolehkan pemain remaja itu berada di akademi kelab Midlands.

Polisi Man United dan beberapa kelab besar Inggeris yang lain memang begitu. Mereka tidak gemar memisahkan remaja awal usia dengan ibu bapa mereka. Dan biasanya pemain seperti Curtis akan dibiarkan terus bersama dengan akademi setempat mereka dengan dipantau rapi perkembangan beliau.

Pada akhir musim pertamanya bersama Walsall, Curtis dijadualkan bersama pemain remaja United untuk menghadapi jelajah Eropah, tetapi dia mengalami penyakit radang tumit yang sering berlaku di kalangan remaja.

Kemudian, perbincangan rahsia dengan Newcastle telah diatur oleh ejen Curtis iaitu bekas penyerang England, Cyrille Regis. Ia tidak diketahui oleh pihak Walsall dan United.

Curtis kekal bersama Walsall, mengambil biasiswa dan bermain bersama bintang masa depan Premier League, Troy Deeney.

Matlamatnya ingin membantu Walsall memenangi liga serantau yang mereka menangi selama 2 musim. Tetapi kecederaannya kembali memberi tamparan ketika peluang sedang terbuka.

Ketika pasukan simpanan Walsall kekurangan penyerang, Deeney telah dipromosikan dan memanfaatkan peluang untuk ke pasukan utama.

“Ini semua mengenai masa, bola sepak. Tempat yang tepat, waktu yang tepat.”

“Saya akan mendapat peluang saya. Saya tidak mengtakan saya akan berada dimana Troy berada sekarang, tetapi kami berdua akan mendapat peluang masing-masing.”

Masa terus berjalan, Curtis mula tidak gembira dengan permainannya. Dia menandatangi kontrak profesional dengan bayaran £150 seminggu.

Curtis sudah mula merasakan semangatnya semakin berkurangan.

“Mereka tidak mencari pemain bola. 2-3 pemain benar-benar berkualiti, tetapi pada ketika itu mereka tidak mencari pemain seperti itu.”

“Mereka mencari pemain yang berbadan besar. Itu perkara yang anda lalui. Di Manchester United dan Newcastle anda diajar untuk mengekspresikan diri.”

Alami trauma

Curtis tidak menyerah kalah sepenuhnya. Beberapa tahun berikutnya dihabiskan dengan cubaan kembali bangkit bersama kelab separuh profesional sekitar West Midlands.

Stourbrigde, Stourport, Evesham, Rugby, Halesowen dan Willenhall antara kelab yang disertainya ketika bergelar pelajar kolej di Birmingham.

“Saya merupakan seorang penyerang yang sombong. Jika saya tidak bermain dan saya tidak diberikan sebab yang baik, saya akan pergi ke tempat lain.”

Bermain untuk Stourport Swift dan terpaksa meninggalkan padang kerana mengalami kecederaan punggung adalah perkara yang terakhir yang diingati oleh Curtis sebelum kemalangan.

Selain dari kefasihannya berbahasa Perancis yang tidak dapat dijelaskan, satu lagi fenomena awal yang dialami Curtis selepas kemalangan adalah tentang usianya.

Dia yakin dia berusia 10 tahun dihadapan masa sebenar dan bertanya kepada ibunya tentang anjing keluarganya. Memberitahu bahawa anjing itu telah mati bertahun-tahun yang lalu.

Ada ketikanya Curtis yakin dia adalah actor Hollywood. Dia akan berbaring di katil hospital dalam keadaan gelisah untuk kembali menjalani penggambaran blockbuster berikutnya.

“Kerana tangan saya patah dan pinggul yang hancur, saya perlu pergi ke tandas dengan ibu saya dan saya melihat cermin dan tidak kenal siapa yang saya lihat.”

Curtis keluar dari hospital pada November 2012, berkerusi roda dan hanya mempunyai ingatan jangka pendek sehingga terpaksa menulis setiap pergerakannya setiap 15 minit.

Seperti sudah makan, sudah makan pagi, sudah makan tengahari untuk mengingatkan dirinya.

“Saya mungkin mengisi 2 buku harian.”

Walaupun pada awal proses pemulihan Curtis diberitahu fungsi otaknya mungkin tidak kembali sepenuhnya namun dia berjaya kembali seperti biasa selepas 1 tahun.

Bermain untuk Stourport

Dia kembali bermain bola sepak separuh profesional dengan mewakili Stourport pada musim 2013-14.

“Mereka menasihatkan saya agar tidak bermain bola sepak kerana kepala saya tidak boleh menanduk bola.”

“Pada perlawanan pertama, saya menggunakan lengan untuk melindungi kepala dan ayah saya melompat ke dalam padang.”

Curtis menjadi orang ke-2 di Britain yang menerima rawatan eksperimen hormone yang diyakini sangat efektif membantu pemulihan otak dari kecederaan.

Ia merupakan sebahagian dari kajian yang diketuai AS yang berjudul Synapse. Curtis diberi progestron, hormon steroid untuk wanita dan kemajuannya dipantau setiap 3 bulan.

Selama bertahun-tahun, Curtis dan keluarganya berterima kasih terhadap rawatan radikal dan luar biasa yang diterimanya.

“Sayangnya ubat itu tidak berkesan, tidak ada perbezaan dengan placebo.” Kata Doktor Antonio Belli, seorang pakar neurologi yang mengawasi Curtis.

“Rory mungkin melakukan dengan baik berkat gen dan kecergasannya. Mungkin.”

Menjadi tukang gunting

Walaupun kemampuan Curtis kembali bermain bola sepak menjadi perkembangan luar biasa namun dia tidak lagi seperti dahulu.

“Ibu saya mempunyai 6 adik beradik perempuan. Kesemuanya adalah guru kecuali ibu saya.”

“Ibu bapa saya memiliki kedai gunting rambut- Charlie Parker. Mereka mempunyai 4-5 salun pada pertengahan 80an dan awal 90an.”

“Saya fikir saya akan mencampurkan kedua-duanya, mengajar dari pihak ibu saya dan menjadi tukang rambut.”

“Hari paling sibuk di kedai gunting rambut adalah hari Sabtu. Saya harus memikirkan karier saya sekarang.”

“Bukan hanya perkara yang saya suka. Bola sepak terpaksa dikorbankan.”

Selepas memperolehi kelayakan yang diperlukan, Curtis menjadi pensyarah Kolej South and City di Birmingham sebagai guru gunting rambut.

Namun Curtis mendapati elemen pengajaran yang perlu dilakukannya terlalu ketat dan dia memutuskan untuk bekerja sendiri melalui bimbingan bapanya. Dia membuka salun sendiri.

Pada satu masa dahulu bola sepak merupakan paksi dimana kehidupan berputar, kini hanya memainkan peranan sebagai penonton.